Wednesday, January 17, 2018
Utama > Teknologi > XIAOMI REDMI 4X KINI DI MALAYSIA…TELEFON PINTAR KELAS PERTENGAHAN DENGAN KEHEBATAN TERSENDIRI

XIAOMI REDMI 4X KINI DI MALAYSIA…TELEFON PINTAR KELAS PERTENGAHAN DENGAN KEHEBATAN TERSENDIRI

Bagi penggemar telefon pintar jenama Xiaomi, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan telefon pintar terbaharu mereka Redmi 4X telah pun memasuki pasaran dan dijual di Malaysia pada harga RM679.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Redmi 4X adalah telefon pintar jenama Xiaomi dengan paparan skrin 5 inci HD dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 435. Ia hadir dengan RAM sebesar 3GB dan muatan dalaman sebanyak 32GB. Peranti ini juga mempunyai slot kad mikro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan sehingga 128GB.

Pada bahagian kamera pula, telefon pintar ini menawarkan kamera hadapan 5 megapixel dan kamera belakang sebesar 13 megapixel. Peranti yang dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 4100 mAh ini turut mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian belakang untuk tujuan sekuriti dan akses pantas kepada telefon.

Ditawarkan pada dua warna iaitu Emas dan Hitam, Redmi 4X juga mempunyai fungsi sebagai alat kawalan jauh universal menerusi pemancar infra merah kawalan jauh pada bahagian atas peranti yang membolehkan anda mengawal tv, penghawa dingin, kipas, pemain DVD dan macam-macam lagi.

Selain itu, peranti pintar ini juga mempunyai fungsi untuk anda membuat dan log masuk ke dua akaun untuk mana-mana aplikasi seperti Whatsapp, Facebook dan banyak lagi. Redmi 4x turut memberi ruang privasi kedua yang menggunakan kod laluan atau cap jari berbeza untuk mengakses profil berbeza pada peranti anda. Masing-masing dengan wallpaper, aplikasi, fail, dan gambar tersendiri. Sesuai apabila anda mahu untuk menunjukkan telefon anda tanpa menjejaskan privasi anda.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Redmi 4X daripada pengedar rasmi Xiaomi dan juga boleh dibeli menerusi Official Mi Store di Lazada.

Untuk maklumat lanjut tentang Redmi 4X, layari laman khusus Redmi 4X di http://www.mi.com/my/redmi4x/

Sumber: Xiaomi Malaysia