Wednesday, January 17, 2018
Utama > Gaya Hidup > Fesyen > Wangian Maroòn dan Bléu daripada Scha Alyahya & Awal Ashaari

Wangian Maroòn dan Bléu daripada Scha Alyahya & Awal Ashaari

Pasangan pelakon popular Scha Alyahya & Awal Ashaari kini muncul dengan koleksi wangian mereka yang pertama sebagai tanda permulaan di dalam bidang kecantikan untuk tahun 2017 ini.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


“Mewakili personaliti berbeza, wangian yang diberi nama Bléu dan Maroòn bakal merealisasikan impian terdekat kami untuk mempunyai wangian dengan identiti tersendiri.

“Bukan sekadar wangian biasa, besar harapan kami agar apa yang kami cuba kongsikan ini akan menjadi kegemaran mereka di luar sana pula. Sebagai permulaan koleksi minyak wangi ini boleh didapati di beberapa stokis terpilih di seluruh negara,” kata Awal.

Wangian Maroòn daripada Scha Alyahya

Menaikkan seri seorang wanita, wangian Maroòn dengan sentuhan bauan feminin mampu mewujudkan sensasi tersendiri. Menggabungkan pelbagai bunga, ternyata ini adalah bauan menggoda yang akan meninggalkan pelbagai kenangan buat si pemakai. Sesuai dipakai untuk apa-apa acara, Maroòn juga mesra wuduk.

Wangian Bléu daripada Awal Ashaari

Bléu adalah wangian maskulin yang menggabungkan pelbagai jenis tumbuhan. Disebalik wangian ini juga pengguna akan dihidangkan dengan ketahanan wangian yang lebih lama kerana menggunakan pati Minyak Cedar. Sesuai untuk menemani si pemakai pada apa jua keadaan, Bléu juga adalah mesra wuduk.