Utama > Hiburan > Filem & Drama > TRAILER & SINOPSIS FILEM TOMBIROU: PENUNGGU RIMBA

TRAILER & SINOPSIS FILEM TOMBIROU: PENUNGGU RIMBA


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


TOMBIROU: PENUNGGU RIMBA
TARIKH TAYANGAN: 12 Oktober 2017
GENRE: Aksi/Drama
PELAKON: Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M.Nasir, Datin Marlia Musa, Faye Kusairi, Dynas Mokhtar, Farah Ahmad, Michael Chen, Artu.
PENGARAH: Nasir Jani, Seth Larney

SINOPSIS:
Tombiruo Penunggu Rimba berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.
Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.
Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.

Bagi peminat filem bergenre aksi dan drama dan cinta, jangan lupa menyaksikan filem Tombirou: Penunggu Rimba yang akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 12 Oktober 2017.