Utama > Gaya Hidup > Fesyen > TAS: SENTUHAN REKAAN MODEN KONTEMPORARI

TAS: SENTUHAN REKAAN MODEN KONTEMPORARI

Serumpun daun mengkuang disusun, dicantum dan dianyam seperti tikar kemudian dibentuk menjadi sebuah beg tangan atau beg genggam (clutch/tas). Itulah keunikan hasil kerja tangan orang tempatan menyuntik elemen tradisi, klasik kontemporari. Maka lahirlah TAS KL, hasil kolaborasi idea Hannef Esq dan Scha Fadly.
TAS adalah singkatan yang membawa maksud Tas Anyaman Sekawan (TAS). Menariknya, setiap TAS mendapat sentuhan Hannef Esq dan pereka aksesori, Scha Fadly yang meletakkan setiap rekaan ‘signature’ aksesorinya sebagai perincian utama di samping lapik satin dalaman beg dan berkelim rantai emas menjadikan TAS lebih mempunyai nilai ekslusif untuk dimiliki.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my



Selain itu, TAS diberi nafas moden mengikut karakter dan citarasa si pemakai. Sesuai untuk mereka yang sukakan gaya glamor, edgy atau boho. TAS tidak terhad digayakan ketika menghadiri majlis formal, keraian, Hari Raya malah boleh digayakan untuk gaya kasual seharian.
TAS boleh didapati dalam berbagai rona terang seperti merah jambu, biru firus dan kuning di raja. Sememangnya menangkap mata apabila digenggaman.TAS bukan sahaja melengkapi gaya wanita tetapi boleh juga boleh menjadi pilihan untuk lelaki stylish yang mahukan kelainan.
Follow TAS di Instagram (@tas_kl) untuk pesanan, maklumat lanjut dan rekaan terkini.