Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > TAK FAHAM MAKSUD ‘CASHLESS’, FATHIA DIKECAM NETIZEN DI TWITTER

TAK FAHAM MAKSUD ‘CASHLESS’, FATHIA DIKECAM NETIZEN DI TWITTER

Gara-gara postingnya di laman Twitternya, pelakon Nur Fathia Latiff teruk dikecam netizen kerana tidak faham apa yang dimaksudkan dengan perkataan ‘cashless’.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Beliau memuat naik gambar tajuk berita The Star Online, KJ: Malaysia to be cashless society by 2050 dengan tweet: “Kita nak jadi mcm zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takuttttttt…”

Mungkin Fathia kurang faham atau tersalah anggap maksud ‘cashless’ dalam tajuk tersebut dan anggap pada tahun 2050 nanti wang ringgit tidak wujud lagi di Malaysia sedangkan maksud ‘cashless’ tersebut adalah transaksi ringgit secara elektronik atau atas talian tanpa penggunaan wang ringgit dalam bentuk fizikal seperti kredit kad, debit kad dan online banking.

Ramai netizen mengecam Fathia ekoran pemahaman beliau terhadap tajuk berita tersebut dengan menyuruh membuat sistem barter kerana pada tahun 2050 nanti wang ringgit tidak wujud lagi. Ada juga netizen yang sangat baik hati dengan menerangkan apa yang dimaksudkan ‘cashless’ kepada Fathia.

Seorang netizen membalas kenyataan Fathia itu dengan berkata “Online banking, kad kredit dan debit kad tu contoh cashless. Zaman batu kejadah apa sis oi,” katanya.

Sementara seorang lagi memberitahu maksud cashless kepada Fathia, “a society in which purchases of goods or services are made by credit card or electronic funds transferral rather than with cash”.

“Baca ayat ‘cashless’ tu je dah tau dalam kepala otak card credit or debit card..mana datang sistem barter,” ujar seorang lagi netizen.