Utama > Gaya Hidup > TAHU TAK: KENAPA PEREMPUAN KUAT MEMBEBEL?

TAHU TAK: KENAPA PEREMPUAN KUAT MEMBEBEL?

Tugas rutin – Dalam rumah tangga perempuan yang lebih banyak menjadi pengurus rumah tangga. Walaupun mereka lebih dianggap “Menteri Kewangan” tetapi sebenarnya mereka lebih banyak bertindak sebagai “hakim” kepada pasangan, kawan, suami dan anak-anak. Jadi faham-fahamlah jika mereka membebel, pasti ada sesuatu yang melanggar peraturan mereka.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Meluahkan perasaan – Banyak perempuan lebih suka membebel daripada menggunakan kekerasan fizikal kepada orang dibebelkannya. Mereka tidak punya kekuatan yang cukup untuk menggunakan fizikal tetapi mereka mempunyai mulut yang hebat.

Tanda protes – Kalau nak protes di jalan-jalan pasti orang anggap demonstrasi atau lebih teruk lagi orang akan panggil gila. Jadi mereka menunjukkan protes mereka melalui bebelan-bebelan yang pedas!

Terlalu sayang – Kadangkala perempuan lebih risau akan keselamatan orang sekelilingnya dan juga mereka lebih takut sekiranya berlakunya kejadian yang tidak diingini orang yang rapat dengannya sebab itu mereka tegur sebelum perkara buruk berlaku. Bukan perempuan tidak suka pada apa yang kita buat tetapi mereka terlalu sayang pada kita dan tak mahu kita ditimpa apa-apa kecelakaan.

Amaran – Membebel juga adalah satu amaran kepada lelaki tentang perasaan marah mereka. Jika bebelan mereka tidak dihentikan maka ianya akan berlarutan kepada sesuatu yang lebih buruk.Mengharap sesuatu – Jika mereka membebel ketika membuat sesuatu kerja, hulurkan bantuan kerana mereka sedang membuat kerja dengan β€˜terpaksa’ walaupun mulut mereka berkata sebaliknya. Hulur-hulurkan tangan pasti bebelan mereka akan reda.

Penyelesaian masalah kesunyian – Jika tak ada perempuan maka sunyilah dunia. Kerana mereka jenis manusia yang susah untuk berhenti bercakap. Bila mereka tidak membebel pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Menandakan mereka sihat – Perempuan akan membebel lebih banyak jika mereka sihat. Jika mereka sakit pasti mereka tidak akan banyak bercakap. jadi beruntunglah jika dapat perempuan yang kuat membebel sebab itu menunjukkan yang mereka sihat.

Senaman otot mulut – Jarang sekali kita lihat perempuan diam membisu. Jika diam maka lain lah yang berlaku. Jika mereka kuat sangat membebel ketahuilah bahawa mulut mereka sedang bersenam tanpa perlu membuat rawatan muka.