Utama > Hiburan > SLASH- KEMBALI DENGAN “MELODI KASIH”

SLASH- KEMBALI DENGAN “MELODI KASIH”

Setelah sekian lama menyepi kumpulan yang popular dengan lagu “Taman Astakona” ini telah melahirkan single terabaharu mereka yang berjudul “Melodi Kasih”.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Bernaung di kini dibawah label mereka sendiri Astakona Entertainment , Slash merupakan kumpulan yang berkonsepkan pop rock . Dianggotai oleh Nuar selaku vokalis ,Joe dan Rafix selaku gitaris, Jack selaku pemain bass serta Alin selaku pemaian drum.Masing-masing berasal dari Kajang Selangor dan ditubuhkan pada tahun 1994.

Single berjudul “Melodi Kasih ” ini ciptaan sepenuhnya oleh pemain gitar mereka Joe. Menurut joe dalam pembikinan single ini, mereka mendapat khidmat Adi 6ixthsense selaku penerbit bersama. Proses rakaman single ini telah yang telah mengambil masa sebulan untuk di siapkan di studio NAR Kuala Lumpur,manakala proses mastering di buat di Studio301 Sydney Australia .

Berbicara mengenai “Melodi Kasih”, karya i tersebut diadun dalam acuan moden dan segar, bersesuaian dengan peredaran zaman. Memilih genre Pop Rock , Melodi Kasih memang sengaja dihasilkan dalam acuan pop dan catchy. Ia kemudiannya disalut dengan unsur cinta yang disifatkan sesuai dengan judul lagunya “Melodi Kasih”, selain kekuatannya juga terletak kepada melodi yang mudah menjadi siulan anak anak muda.

“Kami mahukan sebuah lagu yang santai, berbaur pop dan cathcy. Sewaktu memperbaiki lirik, Secara ringkasnya juga, melodi dan penyampaian lagu ini menjadi gambaran terhadap permulaan kembara hidup saya dalam industri ini,” ujar Joe .

Slash juga berharap agar lagu ini di terima ramai dan serta mendapat penerimaan daripada golongan muda.