Utama > Teknologi > Berita Teknologi > SKMM MENGELUARKAN PERINGATAN DAN PANDUAN KEPADA PENTADBIR KUMPULAN APLIKASI PERMESEJAN DAN LAMAN SOSIAL

SKMM MENGELUARKAN PERINGATAN DAN PANDUAN KEPADA PENTADBIR KUMPULAN APLIKASI PERMESEJAN DAN LAMAN SOSIAL

Ekoran pelbagai berita palsu yang sering disebarkan menerusi aplikasi permesejan dan laman sosial seperti Whatsapp, Telegram dan Facebook, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan peringatan dan panduan untuk para pentadbir kumpulan dalam aplikasi permesejan dan laman sosial.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Jom ikuti garis panduan yang dikeluarkan oleh SKMM untuk para pentadbir.

PERKARA YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN

-Maklumkan kepada semua ahli kumpulan, sebab utama kumpulan aplikasi pesanan diwujudkan dan memikirkan samada peraturan asas diperlukan.

-Prihatin terhadap peraturan/syarat-syarat yang digariskan oleh penyedia platform.

-Menegur posting/komen untuk memastikan perbincangan berada di landasan yang betul.

-Semak posting/komen (dengan seorang moderator, jika boleh.

-Mempertimbangkan untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat posting/komen jelik.

-Bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang menjalankan siasatan.

 

PERKARA YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN

-Menjadi pentadbir yang tidak aktif/senyap.

-Melanggar standard komuniti/garis panduan yang telah ditetapkan oleh penyedia platform (contohnya Facebook, WhatsApp, Telegram)

-Menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap posting/komen yang jelik.

-Membenarkan perbincangan keluar daripada topik.

-Takut untuk bertegas dengan troll atau dengan individu yang secara berterusan melanggar peraturan asas.

-Menganggu/menghalang siasatan yang sedang dijalankan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.

SUMBER: SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA