Utama > Buletin > SERLAHKAN MASAKAN DENGAN ANEKA PES DAN SOS SEGERA KELUARAN AYAMAS KITCHEN!

SERLAHKAN MASAKAN DENGAN ANEKA PES DAN SOS SEGERA KELUARAN AYAMAS KITCHEN!

Menawarkan “Lebih Daripada Hanya Ayam”, Kedai Ayamas baru-baru ini melancarkan aneka pes dan sos segera melalui jenama ‘Ayamas Kitchen’. Kini pelanggan boleh mengubah hidangan ayam kepada pelbagai jenis masakan Melayu, dari masakan tradisional seperti rendang, kepada sajian enak Kurma hingga ke hidangan Masak Merah yang memukau selera.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Pes segera ini padat dengan campuran rempah-rempah asli. Dengan slogan “Cepat, Mudah dan Lazat”, pes segera Ayamas Kitchen memudahkan lagi pelanggan untuk memasak hidangan tradisional di rumah, sekaligus menjimatkan masa sambil menawarkan rasa asli masakan Melayu.

Pes segera ini merupakan rencah tumis yang boleh dicampurkan dengan air, stok atau santan, hirisan bawang, kentang atau tomato cincang untuk menghasilkan kuah yang lazat untuk ayam, daging dan juga makanan laut dalam masa kurang dari 30 minit.

Serbuk Pati Ayam AYAMAS

Selain pes segera ini, Ayamas Kitchen juga memperkenalkan serbuk stok ayamnya sendiri untuk menaikkan lagi rasa hidangan.Pes Segera Rendang, Kurma dan Masak Merah Ayamas Kitchen dijual dengan harga serendah RM2.80 setiap paket (100g) dan kini boleh didapati di semua Kedai-Kedai Ayamas.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, layari www.kedaiayamas.my atau log masuk ke Kedai Ayamas – Ayamas Roasters Facebook Page.