Utama > Hiburan > Filem & Drama > ROPIE AJAK PENONTON CUBA RESEPI PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA DALAM “TUMPANG MASAK” DI TV1

ROPIE AJAK PENONTON CUBA RESEPI PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA DALAM “TUMPANG MASAK” DI TV1

Kemampuannya dalam berlakon dan berlawak tidak perlu disangsikan lagi. Namun bagaimana pula kelebihannya dalam menjadi hos program? Apatahlagi ditugaskan mengendalikan program masakan tradisi yang memerlukannya ‘turun padang’ memasak bersama masyarakat setempat.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Situasi ini mencabar Ropie yang tampil menjadi hos program “Tumpang Masak” yang sedang bersiaran sepanjang Ramadan ini, setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10.30 pagi di TV1 di mana sebagai pengacara Ropie memperkenalkan beberapa resepi tradisional yang sedap dan ringkas dari pelbagai etnik termasuklah Minangkabau, Iban, orang Asli, Bugis, Baba Nyonya.

Ropie antaranya membawa penonton ke Waterfront, Kuching, Sarawak untuk mengenal dan mempelajari masakan etnik Bidayuh. Ropie dengan tunjuk ajar oleh Kak Varonica dan dibantu oleh anaknya Bellery telah memasak tiga jenis masakan tradisi orang-orang Bidayuh iaitu Ikan Sultan Masak Kasam adalah ikan yang dibuat pekasam menggunakan beras yang ditumbuk, Sup Kaki Ayam Terung Dayak iaitu sejenis sup berasaskan kaki ayam yang dimasukkan terung Dayak. Masakan ketiga pula adalah sejenis pencuci mulut yang dinamakan Bubur Sago dibuat daripada biji sagu dan ubi keladi.

Kunjungan ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk mempelajari masakan etnik Minangkabau. Lokasi memasak kali ini adalah di Ladang Alam Warisan. Melalui tunjuk ajar daripada Puan Rosni dan dibantu oleh Amar, Ropie telah menyediakan tiga jenis hidangan resipi etnik Minangkabau seperti Air Kanda Pulang dimana air kelapa muda dicampur dengan air gula Anau dan dimasukkan ais. Resipi kedua adalah Rendang Betik iaitu betik tua yang dicincang ataupun disagat dimasak dengan ramuan khas rendang dan dicampur ikan bilis. Resipi bagi masakan terakhir pula ialah Gulai Telur Itik, sejenis lauk khusus Minangkabau.

Untuk episod berikutnya Ropie ke Perkampungan Orang Asli Latar Kinjang yang didiami oleh orang asli dari suku kaum Semai. Ropie mendapat tunjuk ajar memasak masakan etnik Orang Asli. Masakan yang disediakan adalah Betik Masak Lemak, Pucuk Betik Masak Tumis dan Ikan Lampan Masak Tempoyak. Mereka sama-sama menikmati masakan tersebut setelah selesai memasak.

Tmpuan penonton ke Kampung Permas Besar, Kukup, Johor untuk mengenal dan mempelajari masakan etnik Bugis. Beliau juga ke Taman Negara Tanjung Piai iaitu penghujung paling selatan tanah besar AsiaRopie dengan tunjuk ajar penduduk setempat memasak tiga jenis masakan tradisi orang-orang Bugis iaitu Bajabut, Burasak dan Lepat Loi yang selalunya dibuat pada musim perayaan.

Kunjungan ke Kampung Makabar, Kota Belut, Sabah untuk mempelajari masakan etnik Rungus. Di samping itu beliau juga memperkenalkan Rumah Panjang Rungus ataupun dipanggil Vinatang yang terdiri dari dua ruang utama iaitu ongkob dan apad. Melalui panduan daripada Lily dan dibantu oleh Daphne, Ropie telah menyediakan tiga jenis masakan tradisi etnik Rungus. Masakan tersebut adalah Siput Masak Rebung, Timun dan Bintanok Dalai iaitu biji jagung pulut yang dipotong dari tongkolnya dan ditumbuk.

Keistimewaan makanan Jawa ditonjolkan dalam episod bertandang ke Kampung Sungai Lurus, Batu Pahat, Johor.untuk mengenal dan mempelajari masakan etnik Jawa. Batu Pahat merupakan tempat populasi orang Jawa yang ramai. Ropie juga memperkenalkan sawai dan langgai kepada penonton-penonton iaitu cara menangkap udang dan ikan. Ropie memasak tiga jenis masakan tradisi orang-orang Jawa termasuklah Bubur Sumsum, Pecal Jantung Pisang dan sejenis lauk iaitu Ayam Kampung Masak Ungkep.