Utama > Gaya Hidup > Fesyen > RAYA BERGAYA DI PRIMA VALET

RAYA BERGAYA DI PRIMA VALET

Pusat pengeluar fesyen pakaian readymade, PRIMA VALET (PV)kini melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan pertama di Bangi, Selangor. Jika sebelum ini, PRIMA VALET telah menganjurkan majlis pertunjukkan fesyen STAR LEBARAN LEBARAN 2017 menampilkan koleksi pakaian readymade daripada semua jenama yang berada di bawah bumbung PRIMA VALET.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap pengayaan disamping menitik beratkan soal kualiti dan tawaran harga yang dipasarkan.

Melihatkan keadaan ekonomi yang sangat mencabar, ramai pengemar fesyen lebih selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif. Sedar mengenai hal ini, PV telah diwujudkan berperanan sebagai โ€œone stop centreโ€ menghimpunkan pelbagai jenama daripada pereka-pereka baru.

PRIMA VALET sebuah nama yang bakal mewarnai dunia fesyen bertindak sebagai sebuah hub pengedar koleksi pakaian siap yang dihasilkan oleh pereka-pereka muda tempatan. Jika sebelum ini, pereka-pereka muda menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran, kini PRIMA VALET mengambil inisiatif memasarkan kesemua produk pakaian di bawah satu bumbung.

Penubuhan dan pembukaan PRIMA VALET ini adalah salah satu cara untuk membolehkan para pembeli melihat dan merasai sendiri secara lebih dekat koleksi rekaan-rekaan yang jika sebelum ini hanya boleh dilihat menerusi alam maya sahaja.

Menghimpunkan pemilik jenama pakaian yang semakin kukuh di negara ini, jelas menunjukkan rekaan anak tempatan kini semakin mendapat sambutan hangat daripada pengemar fesyen
tanah air terutamanya bagi golongan anak muda dan belia.

Majlis ini juga memperkenalkan koleksi pakaian raya daripada jenama-jenama pakaian yang tidak asing antaranya Elrah Exclusive, Nur Amirah, far8byalteliaamani X Elrah Exclusive by Fattah Amin, Meylana, Sasqia by Shasya Habib, Asyalliee by Shasya Habib, Amy Search by Elrah Exclusive, Nur Aishah X Elrah Exclusive.

Turut mempamerkan koleksi jenama lain yang turut sama dipasarkan dibawah PRIMA VALET ini seperti Shaheizy Sam X Elrah Exclusive, Puteri Zarith by Altelia Amani, Michael Ang X Elrah Exclusive, Youme&Hunny X Elrah Exclusive, Zukie by Elrah Exclusive, Altelia Amani X Elrah Exclusive.

Setiap pemilik jenama tersebut mengeluarkan produk tersendiri dengan memenuhi kehendak dan citarasa para pemakai. Melihatkan tahun tahun ini adalah fasa yang penuh mencabar, PRIMA VALET memainkan peranan dengan mengetengahkan konsep mampu milik dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa dimana semua peringkat golongan boleh memiliki antara koleksi yang dipasarkan dibawah PRIMA VALET ini.

Kesemua koleksi produk yang dihimpunkan di bawah naungan PRIMA VALET ini mementingkan 3 elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti si pemakai agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini. Ini adalah bersesuaian dengan golongan sasaran PRIMA VALET iaitu untuk semua peringkat golongan umur samada muda atau tua, untuk mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada PRIMA VALET pasti ianya menimbulkan aura keangunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin si jejaka pasti teserlah.

Menurut Pengarah Urusan PRIMA VALET; Encik Hilmi Bin Che Azman (EL Azman), beliau mensasarkan untuk tahun pertama PRIMA VALET dapat berkembang dengan meluas serta lebih banyak butik akan dibuka dibawah empayar PRIMA VALET. Sebagai permulaan PRIMA VALET bakal membuka empat buah kedai bagi menjalankan operasi perniagaan dan mengangkat fesyen 3 RTW untuk Koleksi Hari Raya sebagai medium utama.

Kesemua koleksi yang dipasarkan adalah bersesuaian untuk semua golongan dari kanak-kanak sehingga ke peringkat dewasa. Selain daripada itu terdapat juga Baju Melayu moden, jubah klasik dan moden, hiphop serta fesyen muslimah terkini yang menggunakan warna-warna cerah dan sesuai.

Tambah lagi Dr Arshad Beg yang juga merupakan Pengarah Urusan PRIMA VALET ini, beliau ingin menjadikan PRIMA VALET sebagai pusat pemakaian siap (RTW) yang terbesar di Malaysia.Dalam ertikata lain PRIMA VALET adalah sebuah pusat fesyen yang mampu memberi kepuasan untuk seisi keluarga untuk mendapatkan pakaian siap bagi keperluan untuk semua peringkat umur.

Dalam masa terdekat juga PRIMA VALET akan mensasarkan juga fesyen terkini seperti jaket, cardigan dan baju korporat bersesuaian dengan peredaran masa.

Untuk maklumat lanjut layari Facebook PRIMA VALET

Lot A -G-1-5, Block A,
Ostia Bangi Business Avenue.
Seksyen 14,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
(Sebelah Tol Bangi)