Wednesday, January 17, 2018
Utama > Buletin > PROMOSI ISTIMEWA AYAMAS PADA 31 OGOS INI SEMPENA MERDEKA

PROMOSI ISTIMEWA AYAMAS PADA 31 OGOS INI SEMPENA MERDEKA


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-60, Kedai Ayamas menjemput para pelanggan untuk menikmati ayam panggang Roasters pada harga yang luar biasa!
Promosi yang berlangsung “hanya satu hari sahaja” memberi peluang untuk pelanggan berjimat besar apabila mereka membeli dua ekor ayam panggang Roasters pada harga RM31.80. Keunikan promosi ini juga terletak pada tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia “31/08”, dimana ayam panggang Roasters dijual pada RM31.80 untuk dua ekor ayam (harga biasa RM23.50 satu ekor).

Pelanggan boleh memilih dari pelbagai ayam panggang yang tersedia iaitu Golden Roaster – diperap dengan madu untuk rasa Ayamas sebenar, Pepper Roaster – dicipta khas untuk penggemar lada hitam dan Percik Roaster – dengan citarasa santan dan serai beraroma.

Promosi dan pengiklanan Tawaran Merdeka Ayamas merangkumi promosi di dalam stor, pengedaran iklan bercetak dari rumah ke rumah, dan juga melalui pelbagai platform media sosial untuk liputan yang lebih meluas kepada pelanggan.
Promosi eksklusif ini boleh didapati pada 31 Ogos 2017 sahaja, di semua kedai Kedai Ayamas (kecuali Ayamas Roaster Express GM Klang) sementara stok masih ada. Jadi jangan lupa untuk mengunjungi Kedai Ayamas berdekatan anda menjelang hari Merdeka ini!