Utama > Teknologi > PRA-TEMPAHAN XIAOMI REDMI NOTE 4 UNTUK PASARAN MALAYSIA BERMULA 10 MAC INI

PRA-TEMPAHAN XIAOMI REDMI NOTE 4 UNTUK PASARAN MALAYSIA BERMULA 10 MAC INI

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan pra-tempahan telefon pintar terbaharu mereka Redmi Note 4 pada harga RM799. Pra-tempahan akan bermula pukul 12 am pada 10 Mac 2017 dan jualan terbuka akan bermula pada 16 Mac 2017.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Xiaomi Redmi Note 4 dengan paparan skrin 5.5 inci HD penuh ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 625. Ia hadir dengan RAM sebesar 3GB dan muatan dalaman sebanyak 32GB. Peranti ini juga mempunyai slot kad mikro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan sehingga 256GB.

Pada bahagian kamera pula, telefon pintar ini menawarkan kamera hadapan 5 megapixel dan kamera belakang sebesar 13 megapixel.ย Peranti yang dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 4100 mAh ini turut mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian belakang untuk tujuan sekuriti dan akses pantas kepada telefon.

Untuk maklumat lanjut ikuti laman Facebook Mi Malaysia

Sumber: Twitter Xiaomi Malaysiaย & Facebook Mi Malaysia