Wednesday, January 17, 2018
Utama > Teknologi > PRA-TEMPAHAN ASUS ZENFONE LIVE KINI DIBUKA..PERANTI MEMFOKUSKAN PENSTRIMAN VIDEO SECARA LANGSUNG

PRA-TEMPAHAN ASUS ZENFONE LIVE KINI DIBUKA..PERANTI MEMFOKUSKAN PENSTRIMAN VIDEO SECARA LANGSUNG

Asus Zenfone Live adalah sebuah lagi telefon pintar di dalam koleksi siri Zenfone keluaran Asus. Asus Zenfone Live dengan fokus penstriman video secara langsung (live) dengan teknologi mencantikkan wajah ketika penstriman video. Peranti ini juga mempunyai teknologi dwi mikrofon unik di bahagian depan untuk rakaman audio yang lebih jelas.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Asus Zenfone Live hadir dengan paparan skrin 5 inci dan dikuasakan dengan cip Pemprosesan Snapdragon 410. Ia hadir dengan RAM sebesar 2GB dan muatan dalaman sebanyak 16GB. Peranti dengan kapasiti bateri sebanyak 2650mAh ini juga mempunyai slot kad mikro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini menawarkan kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan dengan sensor besar 1.4um pixel serta cahaya LED flash lembut untuk warna kulit yang semula jadi.

Bagi yang berminat boleh membuat pra-tempahan menerusi kedai atas talian rasmi Asus di Lazada pada harga RM649. Menariknya, 100 pembeli terawal akan berpeluang memiliki barangan ekslusif iaitu ZenStick serta set kepala Bluetooth, Remax RB-T15 secara percuma.

Untuk maklumat lanjut tentang Asus Zenfone Live , layari laman khusus Asus Zenfone Live di https://www.asus.com/my/Phone/ZenFone-Live-ZB501KL/Features/