Utama > Penafian

Penafian

Kami tidak memberikan apa-apa jaminan, representasi, waranti atau pengendorsan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan ke atas tajuk, perlanggaran hak, boleh niaga, kegunaan, operasi, kecukupan, ketepatan, kepuasan kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian untuk sebab tertentu berhubung dengan laman web, bahan-bahan, maklumat dan fungsi. Kami juga adalah tidak bertanggungan terhadap kesilapan dan ketiadaan maklumat di dalam bahan-bahan, maklumat dan/atau fungsi tersebut. Tanpa pengurangan item di atas dan/atau terma dan syarat persetujuan yang merangkumi semua produk dan perkhidmatan kami. Langkah-langkah yang berpatutan telah diambil oleh kami untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat kami yang berkaitan dengan transaksi dan produk kami.

TERMA & SYARAT

Isi kandungan dan maklumat di dalam laman web ini disediakan oleh ekselen.my berdasarkan “sedia ada” dan “seperti tersedia”. Rujukan kepada isi kandungan dan maklumat di dalam laman web ini adalah juga termasuk bahan dan maklumat seperti yang disediakan oleh pihak ketiga.

Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat berikut yang akan merangkumi capaian anda ke laman web ekselen.my (selepas ini dirujuk sebagai “laman web ini”) dan penggunaan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya.

Tuan/puan adalah terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat berikut sekiranya tuan/puan akses laman web ini dan Perkhidmatan dan sekiranya tuan/puan tidak bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini tuan/puan hendaklah menghentikan akses dan perkhidmatan ini dengan SEGERA.

 

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Pihak kami tidak akan berkongsi maklumat sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi.

 

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau borang hubungi pada laman web ini.

 

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

 

Pindaan Dasar

Kami berhak dan mempunyai budi bicara mutlak untuk mengubahsuai (termasuklah mengehad, mengganti atau memotong dan meminda) laman web ini, perkhidmatan ini dan kandungan atau bahagiannya dan juga berhak untuk menamatkan atau mengehadkan akses dan atau penggunaanya pada bila-bila masa.

Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tidak muktamad. Kami mempunyai hak mutlak untuk menambah, membuang atau meminda terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa tanpa terlebih dahulu memberikan notis bertulis kepada anda dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh kami.

 

PENGGUNAAN DATA

Tuan/puan mengetahui dan membenarkan laman web ini mengumpul atau menyimpan apa-apa maklumat peribadi atau apa-apa maklumat tentang tuan/puan untuk digunakan dalam perkhidmatan ini.

 

PENGHANTARAN MELALUI E-MEL ATAU INTERNET

Sekuriti mesej e-mel yang dihantar kepada ekselen.my melalui internet tidak dapat dijamin sepenuhnya oleh kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pengguna berhubung dengan penghantaran mesej melalui internet antara ekselen.my dengan mereka ataupun sebaliknya.

Disebabkan keadaan semulajadi internet, transaksi mungkin akan tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, penghantaran lewat dan kesilapan penghantaran data. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan kemudahan komunikasi di luar kawalannya yang mungkin menyebabkan ketepatan dan masa, apa-apa mesej atau transaksi yang disalurkan terganggu.

 

GANGGUAN SISTEM KOMPUTER

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang disalurkan atau apa-apa virus atau harta yang mencampuri dan merosakkan sistem komputer tuan/puan. Tuan/puan adalah bertanggungjawab secara mutlak untuk memastikan sistem komputer tuan/puan berkeupayaan menerima data dan data sandaran dan/atau peralatan untuk mengimbas virus komputer atau apa-apa harta yang merosakkan.

Pihak kami juga tidak memberikan representasi dan waranti berhubung dengan ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan laman web ini.

 

PERATURAN PENGGUNAAN

Anda seterusnya bersetuju untuk TIDAK menggunakan laman web ini, isi kandungan dan juga perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan kebaikan laman web, isi kandungan dan perkhidmatan dengan menggunakan pihak ketiga, dan ini merangkumi:

> Pengendalian atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, menjatuhkan maruah, pemberontakan, penyalahgunaan atau kebencian, pemalsuan, perkauman atau yang boleh menganggu sesuatu kaum, memberi tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi seseorang individu, mengandungi ancaman haram atau emel palsu, menggalakkan perbuatan yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah, membahayakan pihak awam atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mana mungkin menyalahi hak penulisan, hakmilik, atau sebarang hak kekayaan intektual;

> Penggunaan bahan terpelihara dari rahsia perniagaan tanpa kebenaran;

> Menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, pegawai ekselen.my atau memalsukan keterangan atau menyalahgunakan perhubungan anda dengan individu atau entiti;

> Penggunaan data atau akses tanpa kebenaran sah, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem tersebut;

> Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran atau perintah yang sah;

> Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses’, ‘time bombs’, ‘worms’, ‘cancelbots’ atau sebarang aplikasi seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memotong, mengambil-alih sebarang sistem; atau menggugat servis kepada sebarang pengguna, ‘host’ atau rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada ‘mailbombing’, ‘flooding’, ‘broadcast attacks database’ atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem;

> Mempergunakan sebarang pengesahan laluan atau keselamatan pengguna sebarang ‘host’, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam); dan

> Menjual semula atau menyediakan laman web, isi kandungannya dan perkhidmatan atau sebahagian darinya kepada individu atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.