Utama > Santai > PEMBINA GUNPLA SADO BERBAKAT BESAR – ASRUL HAZIMIN

PEMBINA GUNPLA SADO BERBAKAT BESAR – ASRUL HAZIMIN

Model kit Gundam atau singkatannya Gunpla adalah model kit robot mecha dari animasi Gundam keluaran Bandai  yang perlu dibina sendiri.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Gunpla builder atau pembina gunpla pula adalah orang yang membina Gunpla secara kreatif dengan mewarna dan juga mengubahsuai sesuatu model kit tersebut.

Di Malaysia, budaya membina Gunpla bukan lah perkara baru. Terdapat ramai pembina Gunpla di Malaysia.

Salah seorang pembina Gunpla yang berbakat besar adalah jejaka bernama Asrul Hazimin. Dia sering berkongsi hasil kerja beliau yang amat menakjubkan di akaun Facebook beliau.

Hasil binaan Gunpla oleh beliau sangat teliti dan pengubahsuaian yang dilakukan memang ekselen!

Selain hobi sebagai seorang pembina Gunpla, Asrul juga seorang kaki gym. Tidak hairanlah badannya yang sado tu.

Jom lihat hasil pembina Gunpla berbadan sado ni.

 

Foto: Facebook Asrul Hazimin