Wednesday, January 17, 2018
Utama > Sukan > PASUKAN HOKI WANITA MALAYSIA TEWAS BERMARUAH

PASUKAN HOKI WANITA MALAYSIA TEWAS BERMARUAH

Pasukan Malaysia tewas 3-0 kepada Ireland pada perlawanan akhir Liga Hoki Wanita Dunia.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Siti Noor Amarina Ruhani, Ketua Pasukan Malaysia (Gambar Atas)

Gol pertama pasukan Ireland dijaringkan oleh Anna O’Flanagan pada minit ke-7.

Seminit selepas itu Malaysia mendapat satu peluang keemasan melalui pukulan penalti, namun Nuraini Rashid gagal untuk menjaringkan gol.

Tiga minit kemudian pasukan Ireland menambah derita pasukan Malaysia melalui gol kedua yang dijaringkan oleh Kathryn Mullan.

Pada minit ke-35 perlawanan menyaksikan satu lagi gol melalui pukulan sudut oleh Zoe Wilson.

Hanis Nadiah Onn

Pemain terbaik perlawanan dan penjaring gol terbanyak kejohanan ini telah dimenangi oleh Anna O’Flanagan.

Pemain Malaysia, Hanis Nadiah Onn yang berusia 20 tahun pula memenangi anugerah pemain remaja terbaik kejohanan.

Bagaimanapun, tahniah kepada pasukan Malaysia yang layak ke perlawanan akhir, pusingan kedua, Liga Hoki Wanita Dunia buat kali pertama.