Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > Filem & Drama > OZLYNN WATIE & ZAHIRIL ADZIM DALAM TELEFILEM “SIAPA TAK SAYANG LAKI” DI TV2

OZLYNN WATIE & ZAHIRIL ADZIM DALAM TELEFILEM “SIAPA TAK SAYANG LAKI” DI TV2

Kisah seorang suami yang menghadapi krisis rumah tangga apabila beliau tertekan dengan beban kewangan. Isterinya sibuk dengan kerjaya sendiri dan melepaskan tanggungjawab urusan rumah dan anak-anak kepadanya. Malah mereka tiada persefahaman dan tolak ansur kerana isterinya hanya menggunakan duitnya untuk berbelanja sendiri dan bercuti sendirian.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Dilema yang dihadapi seorang suami dalam menguruskan perbelanjaan kewangan keluarganya yang terbeban ke atas dirinya seorang. Realitinya kisah ini berlaku dalam kalangan masyarakat kita apabila tidak wujudnya persefahaman dalam menjalani kehidupan berkeluarga. Namun jika pasangan suami isteri itu mengamalkan sikap bertoleransi pastinya tidak timbul isu sebegini.

Dibawakan watak utama pasangan suami isteri oleh pelakon Zahiril Adzim dan Ozlynn Watie, kisah ini melatari telefilem kekeluargaan bertajuk “Siapa Tak Sayang Laki” pada 25 April ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Telemovie arahan Hashim Rejab ini turut dibintangi oleh Kazaruddin Saisi, Fariz Isqandar dan Gya Natasya.

Ia mengisahkan Yunus bekerja sebagai akauntan syarikat manakala isterinya Liza sebagai seorang ejen hartanah dan mereka memiliki dua orang anak. Yunus terpaksa mengikat perut demi untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga manakala isterinya bersikap boros dan sentiasa melancong ke luar negara sendirian.

Sementara itu rakan sekerja Yunus iaitu Ghani dan Aziz melakukan pecah amanah duit syarikat sebanyak RM1 juta. Mereka cuba untuk menyogok Yunus tetapi gagal akibat sikap Yunus yang jujur. Yunus bertemu dengan rakannya, Osman dan berkongsi masalahnya.

Atas nasihat temannya itu, Yunus hilang hampir seminggu dan Liza yang mula panik, membuat laporan polis. Bersusah payah dia cuba untuk mencari suaminya itu ke mana sahaja. Namun usahanya tetap gagal. Yunus hilang tanpa jejak dan sebarang pesan.

Dalam pada itu kemudiannya kegiatan pecah amanah terbongkar apabila Ghani mengaku bersalah. Yunus ingin kembali ke pangkuan isteri dan keluarganya. Namun adakah Liza sedia untuk berubah membantu Yunus menguruskan keluarga mereka?
Jangan lupa saksikan telefilem Siapa Tak Sayang Laki” pada 25 April ini, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV2.