Utama > Teknologi > NOKIA 3310 KEMBALI DENGAN GAYA MODEN KLASIK

NOKIA 3310 KEMBALI DENGAN GAYA MODEN KLASIK

Desas desus tentang telefon pintar ‘otai’ Nokia 3310 yang bakal membuat kemunculan semula terjawab apabila versi terbaharu peranti ini telah dilancarkan secara rasmi di Mobile World Congress (MWC) 2017 di Barcelona, Sepanyol. Versi terbaharu ini adalah Nokia 3310 yang diberi nafas baharu dan sedikit penambahbaikan.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Dari segi spefikasi, Nokia 3310 (2017) mempunyai skrin 2.4 inci berwarna dengan storan dalaman sebanyak 16MB. Peranti ini juga mempunyai slot micro SD yang menyokong penambahan kapasiti storan sehingga 32GB. Model ‘remake’ ini juga disertakan dengan kamera 2 megapixel dengan LED flash dibahagian belakang.

Nokia 3310 baharu ini menawarkan bateri 1200mAh dengan tahap ketahanan bateri sehingga 30 hari jika tidak digunakan dan 22 jam masa berbual. Peranti ini mempunyai slot micro usb untuk pengecasan.

Rekaan peranti asas ini masih mengekalkan rekaan klasik dengan pengubahsuain dari segi ketebalan dan rekabentuk. Nokia 3310 baharu ini ditawarkan dengan pilihan empat warna iaitu biru, kelabu, kuning dan merah.

Permainan Snake yang menjadi kegilaan ramai sewaktu era kegemilangan Nokia 3310 dahulu turut disertakan dalam peranti ini.

Berapa dan bila peranti ini memasuki pasaran Malaysia masih belum diketahui. Adakah anda akan membelinya?