Wednesday, January 17, 2018
Utama > Buletin > MULAKAN HARI ANDA DENGAN SARAPAN SEJATI MALAYSIA

MULAKAN HARI ANDA DENGAN SARAPAN SEJATI MALAYSIA

Bagi meraikan semangat perpaduan bersempena dengan Hari Malaysia ini, KFC membawakan sebuah hidangan sarapan dengan inspirasi citarasa tempatan buat semua rakyat Malaysia menerusi KFC Sambal Rice Bowl.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Sarapan sejati untuk rakyat Malaysia ini menampilkan gabungan kesemua yang digemari oleh rakyat Malaysia bersama keenakan rasa KFC. Sambal enak bersama Colonel Rice, ketulan ayam Zinger, timun segar serta telur, semuanya digabung menjadi satu sarapan yang sempurna.

“Sambutan ini amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ia meraikan titik permulaan perjalanan kita sebagai sebuah negara. Oleh itu, kami bangga untuk membawakan sebuah sarapan yang mengambil inspirasi citarasa Malaysia, KFC Sambal Rice Bowl yang dipadankan bersama Milo ais kegemaran ramai bagi memeriahkan lagi sambutan ini,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia.

“Sempurnakan pagi anda dengan Sarapan KFC Sambal Rice Bowl kami. Bukan sahaja seimbang dan menyelerakan, ia turut dihidang secara ringkas bagi memudahkan pagi anda.”

Daripada hanya RM5.90* untuk á la carte, KFC Sambal Rice Bowl ini merupakan hidangan terbaru di dalam rangkaian menu Sarapan KFC yang turut menawarkan burger, wrap, bubur nasi serta hidangan nasi yang lain.

“Bersempena dengan bulan bagi menyambut Hari Malaysia, kami teruja untuk membawakan sarapan Malaysia yang lengkap dan lazat buat pelanggan setia KFC. Weekday Treats kami yang didatangkan dengan kesegaran secawan Milo ais bagi menyempurnakan kenikmatan Sambal Rice Bowl kini boleh didapati daripada serendah RM7.90*, untuk tempoh masa terhad,” tambah beliau.

Nikmati Sarapan KFC Sambal Rice Bowl hari ini! Boleh didapati di semua restoran Sarapan KFC seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari: breakfast.kfc.com.my