Utama > Hiburan > MESEJ KASIH SAYANG DAN KEKELUARGAAN DALAM LAGU TERBAHARU NAJWA LATIF – KAMU

MESEJ KASIH SAYANG DAN KEKELUARGAAN DALAM LAGU TERBAHARU NAJWA LATIF – KAMU

Terkesan menyaksikan sendiri masalah dalam kehidupan seharian kita bersama isu kemanusiaan yang tidak pernah selesai, telah mendorong kepada penciptaan lagu “Kamu” daripada penyanyi berbakat besar, Najwa Latif.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Single berjudul “Kamu ” ini ciptaan Najwa sendiri dan liriknya dibuat bersama kakaknya Ika Latif. Menurut Najwa , sebagai manusia biasa , beliau terpanggil untuk menulis tentang kehidupan kekeluarga dan pentingnya kasih sayang dan kehidupan di dunia terutamanya dalam kekeluargaan.

Beliau melihat betapa pentingnya sokongan dari keluarga dan sahabat ketika seseorang itu menghadapi dugaan dalam kehidupan seharian mereka, menurut najwa lagi dia hanya mampu untuk membantu memberi perangsang dengan “bersuara” melalui lagu.

Menurut penulis liriknya Ika Latif , “Saya mahu masyarakat sedar yang penting kasih sayang tanpa wujudnya diskriminasi pada seorang pun di dunia ini,tambahnya sesuatu yang berlaku dalam kehidupan pastinya akan ada jalan penyelesaian dan semuanya berakhir dengan kebaikan.

Lagu Kamu bukanlah lagu pertama ciptaan Najwa dan Ika latif , Ini merupakan lagu yang ke 12 pasangan komposer dan penulis lirik ini . Najwa baru sahaja menghabiskan pengajian dalam bidang pengkursusan bahasa Inggeris di UNITAR International University berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Beliau berharap lagu “kamu” ini di terima ramai dan mengubati kerinduan peminatnya yang lama menantikan lagu terbaharu daripadanya.

Muzik video “Kamu” sudah boleh ditonton di laman Youtube Najwa Latif: Najwa595 dan lagu kini boleh dimuat turun di iTunes.