Utama > Hiburan > MENTOR MILENIA 2017: PROTEGE BLACK MENYERLAH, SYEERA JUARA BATTLE KETUJUH

MENTOR MILENIA 2017: PROTEGE BLACK MENYERLAH, SYEERA JUARA BATTLE KETUJUH

Pada pertarungan konsert battle ketujuh program Mentor Milenia 2017 pada Ahad lalu, protege Black , Nur Syaheera Abd Aziz atau Syeera telah dinobatkan sebagai juara mingguan yang menyaksikan kesemua peserta membawakan lagu-lagu popular juri tetap Mentor Milenia 2017 iaitu Datuk Hattan.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Sheera telah menyampaikan lagu Mahligai Syahdu dengan sentuhan muzik klasikal dari India dan berjaya membawa lagu itu dengan baik membuat Datuk Hattan betul-betul kagum dan bangga dengan persembahannya, sehingga beliau memberi cadangan kepada Syeera untuk merakamkan lagu tersebut dengan rendisi itu.

Setiap protege lain turut mempamerkan persembahan yang baik dan mendapat pujian daripada panel juri. Along, protégé Tomok dari Kedah menyanyikan lagu Negeri Sembilan yang berjudul Biso Bonar. Balqis yang mewakili kumpulan Hazama pula menyanyikan lagu berjudul Sambar Apa Saja yang diiringi tarian samba.
Protege Akim, Elica menyampaikan lagu Rindu Bertandang Lagi dan seorang lagi protégé yang mewakili kumpulan Hazama iaitu Usop, juga tampil dengan persembahan penuh tenaga menyanyikan lagu berjudul Hani.

Datuk Hattan selaku juri tetap dan juri jemputan, Aizat Amdan

Ekoran daripada persembahan mantap daripada setiap protege, Datuk Hattan telah membuat keputusan untuk tidak menyingkirkan sesiapa pada malam tersebut. Keputusan muktamad juri tetap Mentor Milenia 2017 itu telah menyelamatkan dua protege paling corot, Along (Tomok) dan Balqis (Hazama) dan diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan mereka di pentas Mentor Milenia 2017 bersama-sama Usop (Hazama), Syeera (Black) dan Elica (Akim).

Selain dihiburkan oleh persembahan hebat setiap protege, para penonton turut dihiburkan dengan persembahan khas daripada juri jemputan, Aizat Amdan dengan lagu barunya yang berjudul Jangan Menangis. Penutup persembahan pula dilengkapkan dengan rangkaian lagu Gadis Jolobu dan Duit Duit oleh kesemua protege.

Persembahan khas daripada juri jemputan, Aizat Amdan dengan lagu barunya yang berjudul Jangan Menangis.

Program Mentor Milenia yang dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh ini bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege pula pada setiap Ahad bermula 6.00 petang di TV3.

Elica
Balqis
Usop
Along

 

Along (Tomok) dan Balqis (Hazama) dan diberikan peluang untuk meneruskan perjuangan mereka di pentas Mentor Milenia 2017 bersama-sama Usop (Hazama), Syeera (Black) dan Elica (Akim).