Utama > Teknologi > MEIZU M5 NOTE DAN MEIZU PRO 6 PLUS DILANCARKAN DI MALAYSIA

MEIZU M5 NOTE DAN MEIZU PRO 6 PLUS DILANCARKAN DI MALAYSIA

Meizu Malaysia telah melancarkan dua telefon pintar terbaharu, Meizu Pro 6 plus dan Meizu Note 5 baru-baru ini. Meizu Pro 6 plus adalah peranti berspefikasi tinggi dibawah jenama Meizu dengan paparan skrin 5.7 inci Super Amoled dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Exynos 8890.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Meizu Pro 6 plus mempunyai RAM sebanyak 4GB dengan ruangan storan dalaman 64GB. Peranti ini dibekalkan dengan kapasiti bateri 3400mAh turut menyokong pengecasan pantas dan menggunakan usb type-c untuk pengecasan.

Pada bahagian kamera pula, Meizu Pro 6 plus mempunyai kamera hadapan 5 megapixel f/2.0 dan kamera belakang 12 megapixel f/2.0 Sony IMX386 dengan Penstabilan Imej Optik (OIS) 4-Axis yang memberikan rakaman gambar dan video yang lebih stabil dan jelas dalam semua keadaan.

Selain itu, Meizu Pro 6 plus mempunyai fungsi 3D press pada skrin dan serta hadir dengan pengimbas cap jari dibahagian depan telefon yang turut berfungsi sebagai pengimbas kadar dengupan jantung.

 

Meizu Note 5 pula adalah peranti pertengahan dengan paparan skrin 5.5 inci dan dikuasakan dengan cip pemprosesan MediaTek Helio P10. Ia hadir dengan ruangan storan dalaman sebanyak 32GB dan RAM sebanyak 3GB.


Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini menawarkan kamera belakang 13 megapixel dan kamera hadapan 5 megapixel. Peranti yang mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 4,000mAh turut hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian depan telefon.

Kedua-dua peranti ini sudah pun berada dipasaran dan dijual pada harga RM1,999 untuk Meizu Pro 6 plus dan Meizu Note 5 pada harga RM849.Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar Meizu Pro 6 plus dan Meizu Note 5 daripada pengedar rasmi Meizu dan juga boleh dibeli menerusi Meizu Online Store di Lazada.