Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > MAJLIS MEET & GREET: ERNIE ZAKRI & YOU BERLANGSUNG MERIAH

MAJLIS MEET & GREET: ERNIE ZAKRI & YOU BERLANGSUNG MERIAH

Setelah hampir lapan tahun bergelar penyanyi, Ernie Zakri, 26, yang merupakan Juara Bintang RTM 2009 dan terbaru, juara rancangan yang ditayangkan di Astro Ria awal tahun ini, Duo Star 2017 bersama Syamel buat pertama kalinya mengadakan sesi bertemu peminat setianya di majlis minum petang “Meet & Greet : Ernie & You” pada tarikh 8 April 2017.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Bermula dari permintaan para peminat yang mengikuti laman sosial beliau dan sering kali menyuarakan hasrat untuk mewujudkan kelab peminat, akhirnya kelab peminat Ernie Zakri atau dikenali sebagai “Ernienators” ditubuhkan secara rasmi pada Oktober 2016. Bagi Ernie, sokongan diberikan membawa kerjayanya ke satu tahap yang lain.

“Saya tidak sangka ada peminat mahu mewujudkan kelab. Pada mulanya, saya menyanyi kerana minat dan mahu membuktikan bakat nyanyian kepada peminat muzik tanahair. Apabila ada kelab peminat, saya rasa lebih dihargai.”

“Sebelum ini saya lihat ramai rakan artis ada kelab peminat sendiri. Memang ‘happening’ apatah lagi jika mereka hadir bersama ke acara besar seperti majlis anugerah. Selepas melalui perkara sama, baru saya dapat rasai sendiri dan berbangga.” katanya.

Terharu dengan sokongan diberikan, Ernie tidak pernah melepaskan peluang meluangkan masa bersama peminatnya di setiap perjumpaan sebaik sahaja selesai persembahan di acara-acara yang melibatkan dirinya. Selepas beberapa bulan ditubuhkan, Ernienators kini mempunyai lebih 100 ahli dan majlis “Meet & Greet” ini merupakan aktiviti pertama kelab ini.

“Walaupun kelab peminat ini masih baru, Ernie amat bersyukur dan bertuah mempunyai ahli-ahli kelab yang sangat berdedikasi dan berkat usaha dan kesungguhan mereka, maka terhasillah majlis ini. Ini juga merupakan peluang untuk Ernie mengenali peminat dengan lebih dekat di samping meluangkan masa bersama mereka sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu yang diberikan selama ini,” katanya.

Ernie Zakri bersama sebahagian peminat yang hadir.

Ahli kelab Ernienators, Rayme Zainal menyifatkan Ernie sebagai seorang artis yang ‘sempoi’, comel, suka kucing, tidak cerewet dan senang dibawa berbincang.

“Saya mula meminati Ernie semasa dia bertanding di dalam program DuoStar di Astro Ria. Bermula dari situ, saya mengikuti perkembangannya hinggalah dia menempa nama sebagai antara penyanyi wanita terbaik. Bagi saya, dia adalah “Ariana Grande” Malaysia kerana kemampuannya menyanyikan dengan teknik “whistle”.

“Apabila Ernie memberikan tanggungjawab mengurus kelab peminatnya ini bersama dengan ahli-ahli yang lain, kami berbangga kerana akhirnya dapat bekerjasama dengan penyanyi yang hebat ini. Sikapnya itu membuatkan ahli Ernienators dan peminat lain mudah mendekatinya,” katanya.

Ahli Ernienators, Belinda Hassan berkata, “Insha’Allah jika ada peluang dan masa mengizinkan, kami akan mengadakan pelbagai lagi aktiviti untuk kelab Ernienators seperti pertandingan Bowling, Majlis Berbuka Puasa dan banyak lagi”.

Ernie Zakri menghiburkan peminatnya dengan menyanyikan beberapa lagu.

Majlis Meet & Greet: Ernie Zakri & You ini dianjurkan sepenuhnya oleh Kelab peminat Ernie Zakri, Ernienators di samping rakan acara majlis dari Queens Medispa Kuala Lumpur. Majlis yang berlansung selama tiga jam ini turut menampilkan Kieran selaku pengacara majlis. Selain sesi beramah mesra bersama peminat, Ernie juga turut menghiburkan peminat-peminatnya dengan barisan lagu-lagu dari “single” terdahulu dan terkini seperti ‘Jangan Marah’, ‘Rindu Bukan Teman’ dan ‘Sedetik Cinta’. Peminat juga turut di hiburkan dengan lagu ‘Love On The Brain’, ‘My All’ dan juga lagu ‘Lelaki Teragung’ yang dipopularkan oleh penyanyi idolanya, Dayang Nurfaizah. Ernie juga tidak melepaskan peluang untuk berduet bersama ahli kelab Ernienators, Raes Arifin  dengan menyanyikan lagu Beyonce Knowles bertajuk Sandcastle.

Turut memberi sokongan sebagai penaja rasmi majlis ini ialah Instalips, E’Lyxia Signature, Bugsy Kidz, Sunshine Honey Bee Florist, Bangi Uniform, FaizalAnnuar, Ray Raydiates, Red Circle Studio, Helvaticaworks, Imagenta Kreatif dan FMC.