Wednesday, January 17, 2018
Utama > Sukan > LEEDS UNITED DESTINASI KARIER ROMARIO & RONALDO YANG BARU

LEEDS UNITED DESTINASI KARIER ROMARIO & RONALDO YANG BARU

Nama Ronaldo & Romario pasti tidak asing lagi bagi peminat bola sepak, tetapi mereka bukanlah lagenda bola sepak Brazil. Mereka ialah adik-beradik kembar Vieira, yang kini bermain bersama pasukan Leeds United.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Walaupun Leeds United tidak mampu memikat dua lagenda bola sepak tersebut untuk bermain bersama mereka, namun mereka berjaya mendapatkan pemain yang mempunyai nama lagenda iaitu Romario (Brazil), Ronaldo (Brazil), dan Vieira (Perancis).

Ronaldo Vieira kini telah bermain bersama pasukan senior Leeds, manakala Romario Vieira masih lagi berada dalam pasukan Akademi Leeds United.

Bagaimanapun jangan terpedaya dengan nama mereka yang terkenal di Brazil dan Perancis, kerana yang sebenarnya mereka dilahirkan di Guinea-Bissau dan dibesarkan di Portugal.

Mungkinkah pasangan adik-beradik Ronaldo & Romario Vieira ini bakal menjadi lagenda; seperti pemain-pemain lagenda adik-beradik yang lain? Dan negara manakah yang bakal mereka wakili? Hanya masa akan menentukan..

Jom kita imbas kembali berikut gandingan adik-beradik lagenda.

Bobby Charlton & Jack Charlton
Gary Neville & Phil Neville
Jostein Flo & Tore Andre Flo
Frank De Boer & Ronald De Boer
Michael Laudrup & Brian Laudrup