Utama > Sukan > LEE CHONG WEI MENANG MUDAH DI KEJOHANAN “ALL-ENGLAND”

LEE CHONG WEI MENANG MUDAH DI KEJOHANAN “ALL-ENGLAND”

Lee Chong Wei menang mudah. Itulah ungkapan paling sesuai ketika beliau menewaskan pemain China, Shi Yuqi dengan keputusan 21-12 dan 21-10 dalam tempoh 45 minit sahaja.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Lee Chong Wei yang tidak memberi peluang kepada Shi Yuqi telah memaksa lawannya itu bekerja keras sehingga mengakibatkan pemain muda dari China mengalami kecederaan buku lali.

Chong Wei yang baru pulih daripada kecederaan dan tidak beraksi pada sebarang kejohanan selama 3 bulan pula segera memberikan impak pada kejohanan All-England dan langsung tidak menunjukkan bahawa beliau baru pulih daripada kecederaan.

Namun harapan Lee Chong Wei untuk menentang Lin Dan pada perlawanan akhir All-England itu tidak kesampaian kerana sahabat baiknya itu telah tewas kepada Shi Yuqi pada peringkat separuh akhir.

Satu lagi perlawanan yang melibatkan pemain Malaysia ialah perlawanan beregu campuran yang membabitkan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying. Tetapi mereka tewas kepada pasangan Lu Kai dan Huang Yaqiong dari China dengan keputusan 21-18, 19-21, 16-21.