Wednesday, January 17, 2018
Utama > Gaya Hidup > Fesyen > LADIVA FASHION & AKSESORI TEPATI CITARASA WANITA

LADIVA FASHION & AKSESORI TEPATI CITARASA WANITA

Ladiva Fashion memperkenalkan top blouse & palazzo baru yang menepati citarasa wanita pada tahun 2017 ini. Palazo monotone serta bercorak jalur ini telahpun menjadi trend dan ikutan semenjak awal tahun dan telah menguasai fashion harian wanita di Malaysia. Dibuat dari kain kapas yang selesa, rekaan ‘bell bottom’ yang popular di zaman 80an ini kembali popular di kalangan wanita berkerjaya dan golongan remaja sebagai pilihan pakaian santai seharian.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Top ladiva terbaru berona polos juga amat menepati citarasa golongan wanita terkini. Bersifat longgar dan santai, ianya juga sesuai digayakan oleh peminat fashion muslimah. Maka tidak hairanlah jika produk terbaharu Ladiva ini amat laris dan menjadi femomena terbaru pada roadshow yang lepas. Berpadanan dengan moto Ladiva “Fashion Mampu Milik’, top Ladiva dijual dengan harga RM35, manakala Palazo pula dijual pada harga RM35-40 mengikut pilihan saiz.

Menurut pengasas jenama Ladiva, Emma Emilio, produk top dan palazzo terbaharu Ladiva ini juga amat sesuai di padankan dengan Ladiva Accessories yang bermotokan ‘Junkie, Stylish & Trendy’.

“Membawakan warna ekslusif gold & silver, ianya mudah digayakan dan dipadankan dengan pakaian sedia ada dan sesuai untuk semua acara. Di Ladiva, kami percaya fashion itu tidak lengkap tanpa aksessori tambahan.

“Ladiva juga kini giat mempromosikan produk terbaru ini melalui roadshow terpilih. Bagi maklumat lanjut dimanakah Ladiva Rangers akan beradasepanjang tahun, bolehlah mengikuti perkembangan di Facebook La Diva,” kata Emma.

Ladiva Accessories dipasaran dalam lingkungan harga RM25-35 sahaja. Ladiva mensasarkan jualan sebanyak 50-100 unit aksesori secara online setiap bulan pada tahun ini. Ladiva accessories boleh di beli secara online melalui laman rasmi Facebook page: La Diva by emma Emilio ataupun dikedai online lazada.com ( melalui kedai Ladiva).

Produk Ladiva Fashion juga boleh di beli secara online di laman rasmi facebook ladiva (Ladiva by Emma Emilio), IG ( ladiva_emmaemilio) ataupun dengan berkunjung ke gerai jualan di karnival terpilih seluruh Malaysia. Jadual roadtour dikemaskini di facebook Ladiva by Emma Emilio.