Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > Filem & Drama > KISAH PERSAINGAN PUSAT GIMNASIUM DALAM TELEFILEM NURSERI SADO DI TV2

KISAH PERSAINGAN PUSAT GIMNASIUM DALAM TELEFILEM NURSERI SADO DI TV2

Dengan terdedahnya akan kesedaran mengamalkan gaya hidup sihat, pusat-pusat kesihatan dan kecerdasan serta gymnasium mula beroperasi di seluruh negara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Pusat gimnasium antaranya menjadi trendy pilihan masa kini lebih-lebih lagi selepas waktu bekerja dipenuhi dengan orang ramai yang ingin work out.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Lantas, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan telemovie bertajuk “Nurseri Sado” terbitan KRU Studios pada 11 April ini, pukul 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2 yang mengangkat kisah persaingan perniagaan pusat gimnasium yang dihadapi oleh seorang pemuda yang disabotaj oleh pesaingnya yang cemburu dengan kemajuan perniagaannya. Babak-babak cabaran, persaingan, dan pengkhianatan dalam cerita ini dilakonkan watak utamanya oleh Nas T, Luqman Hafidz, Norliah Ghani dan Shima Anuar.

Ikuti perjalanan cerita watak pemuda dikenali sebagai Pitt bekerja sebagai pembantu di pusat gimnasium kepunyaan Sadat. Sementara itu ibu Pitt pula turut menjalankan perniagaan membuka nurseri menjaga kanak-kanak di rumahnya.

Satu hati Sadat telah mempelawa Pitt menjadi rakan kongsi dan melabur dalam perniagaannya. Pitt bersetuju namun kemudiannya barulah beliau sedar yang dirinya ditipu Sadat dan duit pelaburannya lesap.

Meskipun kecewa dengan pengkhianatan dilakukan oleh Sadat, Pitt terus bersemangat meneruskan hasratnya menjalankan perniagaan. Pitt bercadang mewujudkan pusat gimnasium di kawasan nurseri ibunya dan dibantu oleh Aleza yang merupakan bekas kekasih Sadat.

Perniagaan milik Pitt mencapai kemajuan di mana ramai yang mula mendaftar sebagai ahli di pusat gim tersebut. Namun malangnya secara tiba-tiba pusat gim tersebut diarah untuk ditutup mengejut. Ianya akibat satu kemalangan berlaku yang sebenarnya telah disabotaj oleh Sadat.

Setelah merayu dan mengikuti langkah keselamatan yang ditetapkan, ia dibenarkan beroperasi semula oleh Presiden Persatuan Ibu Taman Molek. Namun adakah Sadat akan terus membiarkan pesaingnya itu maju? Bagaimanakah cara Pitt mengatasi masalah tersebut?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.