Utama > Buletin > KFC HIDANGKAN KECERIAAN BERGANDA DENGAN BUCKET BERGANDA

KFC HIDANGKAN KECERIAAN BERGANDA DENGAN BUCKET BERGANDA

Satu lagi berita baik buat seisi keluarga dan sahabat handai! KFC Malaysia menghidangkan bukan sahaja satu, tetapi dua bucket menyelerakan menerusi KFC Bucket Berganda! Sebagai pelengkap kepada bucket terkenalnya, KFC menggandakan keceriaan dengan sebuah lagi bucket Sedap Hingga Menjilat Jari menampilkan Crispy Tenders dan Smokey BBQ Winders lazat, bersama Cheezy Sauce KFC kegemaran ramai.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


“Kami sentiasa berusaha untuk membawakan detik-detik gembira buat keluarga dan sahabat handai menerusi produk ciptaan kami. Kali ini kami berikan sesuatu yang lebih dengan membawakan keceriaan berganda dengan Bucket Berganda!”, kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia.

“Pelanggan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan mengujakan. Bucket tambahan yang di dapati bersama Bucket Berganda bukan sahaja menampilkan Crispy Tenders dan Cheezy Sauce popular kami. Ia turut menampilkan Smokey BBQ Winders lazat; sebuah hidangan sampingan istimewa yang pasti menjanjikan pengalaman makan yang unik”, tambah beliau.

Smokey BBQ Winders yang diimport khas di dalam Bucket Berganda pasti mengukir lebih senyuman di wajah para penggemar KFC. Keistimewaan hidangan ini terletak pada bentuk hirisan kentangnya, menjadikan ia sesuatu yang unik untuk dinikmati. Setiap ‘winder’ kemudiannya disalut dengan perisa Smokey BBQ lazat dan digoreng sempurna sehingga keemasan.

Khas dicipta untuk dinikmati secara berkumpulan mahupun ketika perjumpaan bersama yang tersayang, tawaran hebat ini boleh didapati dengan pilihan ayam Original Recipe atau Hot & Spicy bagi dipadankan dengan hidangan sampingan menarik. Bermula dari RM37.90, tawaran hebat ini boleh dikongsi dengan empat orang.

Bagi berkongsi keceriaan berganda bersama golongan yang memerlukan, KFC Malaysia bakal membawakan KFC Bucket Berganda ke 150 rumah kebajikan terpilih seluruh Malaysia dalam tempoh dua minggu lagi.

KFC Bucket Berganda didatangkan dengan kombo ayam 5-pc, 9-pc, dan 15-pc, berserta 6 ketul Crispy Tenders, Smokey BBQ Winders, Cheezy Sauce dan minuman ringan setiap satu. Dapatkan Bucket Berganda di restoran KFC seluruh negara bermula 7 April 2017 sehingga stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, layari www.kfc.com.my