Wednesday, January 17, 2018
Utama > Gaya Hidup > KENAPA LELAKI LEBIH SUKA WANITA GEMPAL BERBANDING SI KURUS?

KENAPA LELAKI LEBIH SUKA WANITA GEMPAL BERBANDING SI KURUS?

Ini adalah sebab mengapa orang lelaki lebih memilih wanita bertubuh gempal berbanding wanita yang terlalu obses dengan tubuh yang langsing?


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


 Tidak memilih makanan

Bagi golongan lelaki sebegini, memiliki pasangan yang mempunyai hobi makan membuatkan mereka berasa lebih senang. Ini kerana mereka boleh membeli makanan atau berkunjung ke mana-mana restoran secara bebas tanpa perlu bimbang ditolak oleh teman wanitanya. Bagi lelaki ini, wanita yang hanya memesan salad atau sayur dan menolak makanan ‘enak’ hanya akan membuatkan mereka berasa jengkel. Wanita yang suka menahan makan dan terlalu memilih makanan dianggap tidak boleh berkompromi.

Tidak obses pada penampilan

Wanita yang menjaga berat badan dan bentuk tubuhnya dikatakan terlalu mahukan kesempurnaan. Misalnya, wanita seperti ini akan terus panik apabila selulit mulai muncul di tubuhnya dan akan berusaha melakukan apa sahaja agar selulitnya itu hilang, meskipun terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit. Hal ini membuatkan beberapa orang lelaki kurang selesa untuk berdepan dengan pelbagai kerenahnya. Sementara itu, wanita bertubuh gempal biasanya lebih santai dengan penampilan dan selesa dengan diri mereka sendiri.

Hidup lebih santai & tidak mengejar sasaran 

Bagi lelaki, hidup mereka sudah pun dipenuhi dengan pelbagai sasaran. Justeru, mereka akan berasa lebih tertekan apabila mempunyai teman wanita yang terlalu mengejar sasaran untuk mendapatkan tubuh yang langsing. Mereka biasanya enggan terikut-ikut dengan diet teman wanitanya dan hanya makan salad setiap hari. Lantaran itulah mereka lebih cenderung memilih wanita yang suka makan dan bertubuh gempal. Wanita seperti ini dikatakan lebih mengerti cara menikmati hidup dan tidak tertekan untuk mengejar sasaran memiliki tubuh langsing.