Wednesday, January 17, 2018
Utama > Sukan > KELAB TAEKWONDO KORYO JUARA ZON TENGAH

KELAB TAEKWONDO KORYO JUARA ZON TENGAH

Dengan kejayaan 11 emas, 13 perak, dan 6 pingat gangsa telah menjadikan Kelab Taekwondo Koryo juara untuk zon tengah pada kejohanan Nestle Koko Krunch edisi ke-12 yang berlangsung pada 18 Februari 2017 lepas.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Kejohanan yang diadakan di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur itu berjaya menarik seramai 646 penyertaan dari 26 kelab taekwondo yang bertanding. 221 orang peserta dari kategori kanak-kanak wanita, manakala 425 orang dari kategori kanak-kanak lelaki.

Kejohanan peringkat zon tengah ini ialah yang pertama untuk tahun ini. Untuk kategori zon selatan pula akan diadakan pada 11 Mac 2017 di Melaka, kategori zon utara pada 8 April 2017 di Penang, manakala kategori zon timur akan diadakan pada 29 April 2017.

Pemenang pada setiap peringkat zon termasuk pemenang dari Kejohanan Nestle Koko Krunch Singapura akan dijemput untuk bertanding pada pusingan akhir Kejohanan Nestle Koko Krunch edisi ke-12 yang dijangka berlangsung pada 20 Mei 2017.

Pasukan Juara: Kelab Taekwondo Koryo

Menurut Pengerusi Teknikal Taekwondo Malaysia iaitu R.Dhanaraj, kejohanan ini ialah platform yang baik untuk mencari bakat baru dan berharap kanak-kanak ini bakal mengharumkan nama negara Malaysia pada peringkat dunia suatu hari nanti.

Majulah sukan untuk negara.

sumber gambar: FB Koryo Tkd Club Mas