Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > JELAJAH PEACE.LOVE.RINDU ELLA DIKUASAI PEMINAT

JELAJAH PEACE.LOVE.RINDU ELLA DIKUASAI PEMINAT

Setelah 10 tahun semenjak album terakhir beliau pada 2007, Ella telah kembali dengan karya terbaru menerusi album Peace.Love.Rindu. Ia telah dilancarkan dengan kerjasama pihak Universal Music Malaysia pada 22 September lalu dan kini tiba masanya untuk jelajah promosi album ini dimana Ella akan turun padang sendiri ke tujuh lokasi di seluruh Malaysia.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Ella menghadiahkan album Peace.Love.Rindu kepada peminat-peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kariernya sebagai penyanyi, sehubungan dengan itu, Ella mahu meletakkan kuasa ditangan peminat beliau untuk memilih sendiri lokasi jelajah kali ini melalui undian atas talian. 30 pengundi bertuah juga berpeluang untuk sesi beramah mesra bersama Ella sendiri di lokasi-lokasi jelajah itu nanti.

Ella yang terkenal dengan persembahan beliau yang bertenaga, begitulah sesi jelajah ini kerana Ella akan diiringi dengan persembahan “live band” . Ella akan mempersembahkan sendiri lagu-lagu baru dan juga lama.

Antara lokasi-lokasi yang mungkin dilawati ELLA :
SACC Mall Shah Alam, Selangor
Waterfront Kuching, Sarawak
Teluk Cempedak Kuantan, Pahang
Danga Bay Johor Bharu, Johor
Tesco Ampang, Kuala Lumpur
Alor Setar Mall, Kedah
Penang Autocity, Pulau Pinang
Padang Besar, Perlis
Penang Time Square, Pulau Pinang
Sutera Mall, Johor
Pantai Batu Buruk, Terengganu
Setia Alam Mall, Selangor
Payu Bunga Square, Terengganu

Undian boleh dilakukan melalui laman sesawang : http://player.lemonadebox.com/peaceloverindutour