Utama > Teknologi > Kamera > Instax Square SQ10, KAMERA SEGERA TERBAHARU DARI FUJIFILM DENGAN FORMAT GAMBAR PETAK

Instax Square SQ10, KAMERA SEGERA TERBAHARU DARI FUJIFILM DENGAN FORMAT GAMBAR PETAK

Instax Square SQ10 adalah kamera segera terbaharu keluaran Fujifilm. Berbeza dengan model instax yang lain, kamera ini merupakan sebuah kamera segera digital yang mempunyai memori dalaman dan slot mikro SD untuk menyimpan gambar yang telah dirakam.
Kamera ini membolehkan pengguna mencetak terus gambar yang diambil atau dicetak pada bila-bila masa selepas gambar dirakam. Instax Square SQ10 mencetak gambar petak bersaiz (62mmx62mm) menerusi filem khas.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my



Instax Square SQ10 juga menawarkan fungsi ‘filter’ dengan pilihan 10 ‘filter’ berbeza untuk dicuba serta keupayaan mengedit gambar sebelum dicetak.
Untuk maklumat lanjut tentang kamera Instax Square SQ10 layari laman rasmi di http://instax.com/square/