Utama > Teknologi > Aplikasi & Permainan > INSTAGRAM MENAMBAH BAIK CIRI KESELAMATAN AKAUN DENGAN PENGESAHAN DWI-FAKTOR

INSTAGRAM MENAMBAH BAIK CIRI KESELAMATAN AKAUN DENGAN PENGESAHAN DWI-FAKTOR

Banyak kes akaun Instagram digodam berlaku pada masa kini. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, pihak Instagram telah menambaik ciri keselamatan akaun pengguna dengan memperkenalkan pengesahan dwi-faktor (two-factor authentication). Ciri keselamatan baharu ini menjadikan akaun Instagram pengguna menjadi lebih selamat dan mengelak akaun daripada digodam.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Dengan mengaktifkan pengesahan dwi-faktor ini , pengguna perlu memasukkan kod setiap kali ingin log masuk ke akaun Instagram mereka. Kod akan diberikan melalui sms atau boleh dapatkan ‘backup codes’ untuk disimpan dan boleh digunakan.

Untuk mengaktifkan ciri keselamatan pengesahan dwi-faktor ini, pergi ke ‘Options’ pada profile anda dengan menyentuh ikon ‘gear’

dan pilih ‘two-factor authentication’ untuk mengaktifkan ciri keselamatan baharu ini.

SUMBER: INSTAGRAM