Wednesday, January 17, 2018
Utama > Buletin > HURR.TV MELANCARKAN ‘SHOWREAL’, SIRI REALITI WEB TERBAHARU YANG MENAMPILKAN SELEBRITI POPULAR, NEELOFA

HURR.TV MELANCARKAN ‘SHOWREAL’, SIRI REALITI WEB TERBAHARU YANG MENAMPILKAN SELEBRITI POPULAR, NEELOFA

Laman online gaya hidup dan platform strim video Malaysia, hurr.tv hari ini melancarkan siri realiti web terbaharu, ‘ShowReal’. Siri pertama ‘ShowReal’ yang mempunyai enam episod web menampilkan selebriti terkenal, Nor Neelofa Mohd Noor, atau lebih dikenali sebagai Neelofa.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Aktres, usahawan, pengacara TV dan penerima pelbagai anugerah yang berasal daripada Kelantan, Neelofa atau Lofa adalah lambang kepada wanita Muslim muda dan moden yang diidolakan peminat Melayu khususnya. Akaun sosial medianya seperti Instagram diikuti 4.5 juta peminat, manakala Facebook dan Twitter beliau mengumpulkan lebih 3 juta peminat. Beliau adalah pemilik bersama Naelofar Hijab, Naelofar Casual dan pengasas Lofalens. Beliau juga menerbit dan pengacara rancangan motivasinya di Neelofa TV dengan perancangan terkini untuk menjadikannya sebagai sebuah program bual bicara.

Pengarah Siaran hurr.tv, Elaine Daly yang mengulas mengenai rancangan tersebut berkata “‘Show Real’ adalah sebuah siri realiti web yang disediakan untuk peminat yang ingin mendapatkan pendedahan ekslusif mengenai personaliti yang hidup dikaca mata umum; inilah peluang untuk melihat diri sebenar mereka. Sebagai seorang wanita muda moden yang berjaya, Neelofa menjadi contoh dan inspirasi kepada anak-anak muda supaya gigih untuk mengejar impian, sama ada menjadi usahawan berjaya atau mengukir nama di dalam dunia hiburan.”

Tambahnya, “Ini adalah julung kalinya Neelofa muncul dalam sebuah rancangan realiti, dan kami di hurr.tv amat berbesar hati dengan kepercayaan diberikan menerusi peluang ini untuk memaparkan kehidupan Neelofa yang sebenar di sebalik pesonanya.”

Melalui enam episod web, penonton boleh #FollowLofa untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi Neelofa bersama keluarga dan rakan-rakan, kariernya dalam industri hiburan dan usaha membangunkan jenama beliau tersendiri. Episod pertama akan mengikuti sesi ramah mesra peminat LoFattah yang turut menampilkan hero pelakon ‘Suri Hati Mr. Pilot’, Fattah Amin. Adakah peminat akhirnya akan mendapat penjelasan teka teki hubungan Neelofa bersama Fattah?

Episod berikutnya akan membawa peminat ke pelbagai aktiviti harian Neelofa termasuk tinjauan ke set ‘Meletop’ yang dihoskan Neelofa, pelancaran koleksi Naelofar Hijab ‘Lady Lofa’, gaya Neelofa pada sesi peragaan, di sebalik tabir ‘Anugerah Meletop’, Neelofa di set iklan serta persediaan Neelofa dan ahli keluarga menjelang perkahwinan kakaknya.

Sebagai penaja utama siri #FollowLofa, Fashion Valet akan menggayakan Neelofa disetiap episod. Lebih menarik, penonton juga boleh mendapat koleksi sama yang dipakai Neelofa dengan pautan yang akan membawa penonton ke laman web Fashion Valet.

Episod web pertama ShowReal #FollowLofa akan ditayangkan di hurr.tv pada Rabu 26hb April 2017 dan episod web seterusnya boleh ditonton setiap Rabu pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut, layari www.hurr.tv