Wednesday, January 17, 2018
Utama > Foodies > HOT & ZESTY TWISTER DAN CHEEZY TWISTER – HIDANGAN TWISTER BAHARU UNTUK MASA TERHAD DARI KFC

HOT & ZESTY TWISTER DAN CHEEZY TWISTER – HIDANGAN TWISTER BAHARU UNTUK MASA TERHAD DARI KFC

Buat peminat juadah wrap, jangan lepaskan peluang merasai hidangan enak menerusi dua pilihan baharu hidangan KFC Twister – Hot & Zesty Twister dan Cheezy Twister yang enak dan sangat lazat.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Hot & Zesty Twister mengandungi kepingan Zinger rangup, salad, timun dan tomato lazat, semuanya dibalut di dalam tortilla hangat bersama pilihan sos masam dan pedas limau cili. Manakala Cheezy Twister juga mengandungi bahan yang sama cuma sos yang berbeza iaitu sos keju jalapeno dan mayo berkrim. Apa yang pasti kedua- dua Twister baharu ini menawarkan rasa yang pasti mengejutkan anda.

(dua dari kanan) Angellina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC dan Chandrasagran Munusamy, Pengurus Besar Operasi KFC bersama-sama dengan kakitangan KFC.

“Peminat kami telah bersuara dan KFC Twister kini dibawa kembali atas permintaan ramai. Produk ini menjanjikan 100% keaslian rasa KFC di dalam bentuk mudah alih yang boleh dinikmati di mana-mana sahaja,” kata Angellina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.

“Peminat pasti berasa sukar untuk memilih di antara dua perisa hebat: Hot & Zesty Twister yang membawakan sentuhan masam dan pedas, dan Cheezy Twister dengan rasa keju asli KFC kegemaran ramai. Oleh itu, kami turut menawarkan kombo Double Twister bagi yang menginginkan kedua-dua Twister,” tambah beliau.

Kedua-dua KFC Twister baharu ini boleh didapati secara ala carte (dari RM6.50 satu) atau set kombo bersama Crispier Fries KFC dan satu minuman berkarbonat (dari RM9.50). Selain itu KFC juga menawarkan set kombo Double Twister menawarkan kedua-dua Twister untuk anda nikmati bersama Crispier Fries KFC dan satu minuman berkarbonat (dari RM14.90).

Hidangan baharu ini ditawarkan untuk tempoh terhad bermula 21 Februari 2017. Dapatkan di semua restoran KFC diseluruh negara. Takut kempunan pula nanti. Untuk maklumat lanjut layari https://twister.kfc.com.my/