Utama > Hiburan > Filem & Drama > FILEM BEAUTY AND THE BEAST DITAYANGKAN PADA 30 MAC INI TANPA SUNTINGAN

FILEM BEAUTY AND THE BEAST DITAYANGKAN PADA 30 MAC INI TANPA SUNTINGAN

Teka-teki tentang status tayangan filem yang mencetuskan kontroversi, Beauty and The Beast di Malaysia akhirnya terjawab apabila filem lakonan  akan ditayangkan dipawagam bermula 30 mac ini. Laman Facebook rasmi pawagam Golden Screen Cinemas telah mengesahkan filem ini akan ditayangkan dipawagam seluruh negara tanpa disunting bermula 30 Mac 2017.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Namun, filem lakonan Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Kevin Kline, Josh Gad, Ewan McGregor, Stanley Tucci, Audra McDonald, Gugu Mbatha-Raw dan ramai lagi ini akan diklasifikasikan dengan rating P13 (kanak-kanak bawah 13 tahun tidak dibenarkan menonton melainkan ditemani dengan bimbingan ibu bapa).

Filem adaptasi daripada kisah dongeng klasik ini telah mencetus kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon berkata bahawa watak LeFou yang dimainkan Josh Gad merupakan “nice exclusively gay moment” dalam filem itu.

Filem Beauty and The Beast sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 16 Mac lalu tetapi ditangguhkan selepas pihak Lembaga Penapisan Malaysia (LPF) mahu menyunting adegan melibatkan watak homoseksual dalam filem itu.

 

TRAILER FILEM BEAUTY & THE BEAST