Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > FIKRI RAFEZIN PUJUK PENDENGAR DENGAN ‘JANGAN KAU BERSEDIH’

FIKRI RAFEZIN PUJUK PENDENGAR DENGAN ‘JANGAN KAU BERSEDIH’

Fikri Rafezin atau nama sebenarnya Muhammad Fikri bin Rafezin, 22 tahun, mula menyanyi sejak di bangku sekolah rendah lagi. Minat yang sangat mendalam terhadap bidang nyanyian mendorong beliau untuk menyertai pertandingan-pertandingan karaoke dan busking di sekitar daerah kediamannya di Kemaman, Terengganu.Melalui satu pertandingan karaoke di sana ,bakat beliau telah dikesan oleh komposer Zal Azman, yang kemudiannya mendidik dan melatih beliau untuk menjadi artis rakaman.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Lagu Jangan Kau Bersedih merupakan single pertama Fikri Rafezin yang dicipta oleh Zal Azman dan lirik oleh Zara Alhaj. Tidak sampai sebulan dilancarkan, sambutan yang diterima di luar jangka terutama di media-media sosial setelah lagu ini digunapakai oleh beberapa Vlogger sebagai lagu latar di dalam video-video mereka.

Menurut Fikri Rafezin , lagu berentak balada sememangnya sangat bersesuaian dengan jiwa dan suaranya. “Melodi lagu Jangan Kau Bersedih ini sangat tersendiri dan unik. Di tambah pula dengan lirik yang sangat bermakna, ianya bukanlah seperti lagu cinta yang biasa. Lirik lagu ini lebih kepada pujukan dan doa agar semua yang berlaku akan berakhir dengan kebaikan. Saya yakin setiap yang mendengar lagu ini boleh mengaitkan situasi semasa mereka dengan lagu ini”

Fikri Rafezin yang lahir pada 14 September 1995, merupakan anak ke dua daripada tujuh adik-beradik. Bekas pelajar Multimedia College ini menganggap kerjaya barunya sebagai seorang penyanyi ini ibarat impian yang menjadi kenyataan. Menjadikan Afgan penyanyi dari seberang sebagai sumber inspirasinya, beliau bertuah kerana sentiasa mendapat dorongan daripada ahli keluarganya untuk menceburi bidang seni ini.

“Walaupun bakat saya bukan lahir dari program-program realiti nyanyian yang ada sekarang ini, namun saya amat bersyukur kerana diberi berpeluang untuk mengembangkan bakat nyanyian dan dapat bersaing secara sihat dengan penyanyi-penyanyi yang sedia ada di dalam industri ini.”

Fikri Rafezin berharap agar lagu Jangan Kau Bersedih ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat . Beliau juga mengharap kehadirannya di persada seni ini mendapat sokongan semua pihak termasuk peminat dan juga bakal peminat , agar beliau boleh bergerak maju ke peringkat yang lebih baik di dalam industri hiburan tanah air ini.

Bagi yang mahu mengenali Fikri Rafezin dengan lebih lanjut, bolehlah mengikuti perkembangan beliau di Facebook ( https://www.facebook.com/fikritiger ) dan Instagram (https://www.instagram.com/fikri.rafezin/

Jom tonton lirik video lagu Jangan Kau Bersedih ini!

Bagi yang mahu mengenali Fikri Rafezin dengan lebih lanjut, bolehlah mengikuti perkembangan beliau di Facebook ( https://www.facebook.com/fikritiger ) dan Instagram (https://www.instagram.com/fikri.rafezin/