Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > FAYE KUSAIRI SELAMAT DIIJABKABULKAN

FAYE KUSAIRI SELAMAT DIIJABKABULKAN

Sebelum ini pelakon Faye Kusairi telah memuat naik foto ibu bapanya sedang menyusun kad jemputan. di laman instagramnya @fayekusairi. Gambar itu menarik perhatian ramai yang beranggapan itu adalah kad jemputan majlis perkahwinan Faye. Namun, Faye menafikan perkara tersebut dan menjelaskan itu adalah kad jemputan sambutan hari lahir anak saudaranya.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Tetapi hari ni, Faye telah memuat naik gambar kad jemputan majlis perkahwinan beliau di laman instagram beliau dengan caption:

“Assalamualaikum..Terimakasih diatas semua doa selama ini..Yang baik datang dari Allah,segala kekurangan dari saya sebagai hambanya.Doakan majlis yang kecil ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan serta diberkati. AaaminnYaRabbalAlaminnn..”

Mengukuhkan lagi perkara tersebut, instagram kelab peminat Faye @fayekusairiloversklub telah memuat naik beberapa gambar majlis akad nikah Faye bersama pasangannya Azmi Hatta. Majlis tertutup yang dihadiri oleh saudara mara dan sahabat handai itu meriah walaupun diadakan sederhana.

Apapun tahniah diucapkan kepada Faye dan suami..semoga kekal ke akhir hayat.

FOTO: instagram @fayekusairiloversklub