Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > FALLA ZULLY muncul dengan single AKU ADA KAMU

FALLA ZULLY muncul dengan single AKU ADA KAMU

Puteri Nur Farra Dato Zulkeflie atau lebih dikenali sebagai Falla Zully merupakan seorang yang tidak asing lagi di dunia tv komersil. Wajah dan bakat beliau sering menjadi pilihan untuk komersil seperti Coca Cola, TNB, Fisherman’s Friends, DIGI, Mentos, dari sejak awal tahun 2010 lagi. Beliau juga telah mendapat kepercayaan untuk menjadi duta kepada ‘Mysarr Beauty’ dan ‘Tripviss Traveller’.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Anak kedua kepada pengarah dan pelakon terkenal, Dato Zulkeflie M Osman ini, meminati bidang nyanyian sejak di bangku sekolah lagi, sehingga beliau dapat mearaih kemenangan ‘vokalist terbaik’, dalam pertandingan ‘Clash of Music’ yang telah dianjurkan oleh Bentley Music, lagu ‘Aku Ada Kamu’ telah dihasilkan bersama music sunsunan Reyza Hamizan dan lagu serta lirik di tulis oleh Aiyad Sakti.

“Aku Ada Kamu” adalah single pertama Falla Zully yang mengisahkan percintaan dan ia bukan sahaja kecintaan pada manusia bahkan merangkumi kecintaan kepada tuhan. Menurut Falla dia berharap lagu ini di terima baik oleh pendengar muzik tanah air serta khas buat peminat Falla Zully, lagu ‘Aku Ada Kamu’ edaran AJ Music ini boleh dimuat turun di semua digital platform iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox yang akan di lancarkan pada 1 ogos 2017.

Lirik Video “Aku Ada kamu”