Utama > Hiburan > Filem & Drama > ENAM KUMPULAN TERUS BERSAING DALAM RENTAK JUARA DI TV2

ENAM KUMPULAN TERUS BERSAING DALAM RENTAK JUARA DI TV2

Enam episod bersiaran menyaksikan pertandingan mencari kumpulan muzik terbaik, “Rentak Juara 2017” bermula 11 Mac lalu berjaya menyuntik kesegaran muzik dipersembahkan pemuzik berbakat kepada penonton yang setia mengikuti program ini setiap minggu.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Berdepan dengan tema persembahan berbeza setiap minggu termasuklah episod pengenalan, viral, soundtrack, evergreen, featuring dan rock, kini hanya enam kumpulan iaitu Reuz, Xzotic, The Doubleshoes, Sevendays, Suppermassive, dan Eisara yang masih meneruskan cabaran bergelar juara kepada program yang diterbitkan Unit Hiburan TV RTM ini.

Perjalanan empat kumpulan lagi iaitu Andy & The Mutant Rasta berakhir pada episod evergreen; Dropsynth episod featuring dan dua kumpulan masing-masing iaitu The Lost Chapter, Rockaholicx tersingkir pada episod rock, minggu lalu.

Pada 15 April lalu bertemakan rock, disiarkan pukul 9.00 malam di TV2, setiap kumpulan bertanding memberikan persaingan hebat menyampaikan lagu-lagu asal kumpulan rock 80-90an yang dipersembahkan dengan rentak suntikan segar mereka sendiri.

Kumpulan SuperMassive menyampaikan lagu “Penantian” nyanyian asal Blackrose, Reuz menyerlah dengan lagu “Cinta Bandar Tasik Selatan”, Thedoubleshoe membawakan lagu “Dari Sinar Mata”, Xzotic lagu “Tiara” dan Eisara lagu “Takdir Dan Waktu”. Dua kumpulan lagi Rockaholicx dengan lagu “Pusara Di Lebuhraya” dan The Lost Chapter membawakan lagu “Tika Dan Saat Ini”.

Bersama gandingan pengacara Nadzmi Adhwa dan Lokman Hafidz, artis jemputan minggu lalu kumpulan Sofarz.

Usah ketinggalan menyaksikan persaingan enam kumpulan; Reuz, Xzotic, The Doubleshoes, Sevendays, Suppermassive, dan Eisara dalam episod seterusnya dengan tema yang lebih mencabar lagi pada 22 April ini, pukul 9.00 malam di TV2.

Suppermassive

 

The Doubleshoes

 

Xzotic

 

Eisara

 

Reuz