Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > Filem & Drama > DOA-DOA HARIAN DALAM SIRI ANIMASI AQAL & WALID

DOA-DOA HARIAN DALAM SIRI ANIMASI AQAL & WALID

Disampaikan secara santai dan mudah, animasi mendidik akal dan doa bertajuk “Aqal & Walid” disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pastinya pilihan terbaik buat golongan ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang masih kecil tentang pelbagai doa-doa harian.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Menemui penonton mulai 22 April ini, setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 10.30 pagi menerusi saluran TV1, animasi 9 episod ini mengetengahkan karektor utama dikenali sebagai Walid yang akan mengajarkan kepada anak-anaknya seperti doa bangun tidur, doa masuk dan keluar tandas, doa belajar dan banyak lagi.

Diarahkan oleh kartunis Taugeh, ia menceritakan mengenai kisah ‘Aqal dan Walid’ yang menjalani kehidupan seharian dengan berlandaskan didikan dan asuhan seperti yang dituntut di dalam agama Islam. Berkonsepkan kasih-sayang yang diterapkan ke dalam kehidupan seharian, menjadikan keluarga Walid disegani dan menjadi contoh kepada keluarga lain dalam menjalani organisasi kekeluargaan.

Walid & Ummi mempunyai 3 orang anak yang berumur 12, 11 dan 5 tahun. Keluarga Walid mengambil seorang anak angkat bernama Yusuf berumur 11 tahun. Kesemua mereka sangat bijak, menghormati antara satu sama lain dan menunjukkan sifat kepimpinan yang sangat tinggi.

Jannah merupakan anak sulung dan sangat meminati matapelajaran Sains dan Sejarah Islam. Jannah suka bercerita tentang sejarah yang berlaku di zaman Nabi kepada adik-adiknya sebelum mereka masuk tidur.

Rahman merupakan anak kedua seorang budak yang kreatif dan sangat berminat dengan matapelajaran yang mempunyai kaitan dengan Agama Islam. Rahman suka membantu orang yang susah di sekelilingnya.

Aqal pula anak yang paling bongsu dan mempunyai pelbagai perangai yang pelik dari ahli keluarganya. Hanya Aqal sahaja dapat melihat syaitan dan perkara itu dirahsiakan dari keluarganya. Setiap hari Aqal akan mempertahankan dirinya dari serangan syaitan. Pelbagai helah yang dilakukan Aqal untuk melawan syaitan dari terus menggoda ahli keluarganya. Aqal sentiasa berfikir untuk membuat helah bagi menghalau syaitan-syaitan dari terus menghasut ahli keluarganya.

Anak angkat Walid yang bernama Yusuf (Jimmi) merupakan seorang saudara baru. Yusuf sangat sukakan ajaran Islam kerana baginya Islam merupakan agama yang sempurna dari semua sudut.

Saban hari pasti ada sahaja ilmu yang bakal disampaikan oleh keluarga Walid dikongsi bersama jiran-jirannya. Mereka sentiasa hidup dalam kesederhanaan, berkasih-sayang dan sentiasa berlandaskan Quran dan Sunnah dalam menjalankan kehidupan seharian.

Terdapat dua karakter yang menjadi penghalang untuk keluarga Walid melakukan kebaikan iaitu Syaitan Merah dan Syaitan Biru. Mereka sangat suka menghasut dan merosakkan semua kebaikan yang dilakukan oleh Aqal dan keluarganya.