Utama > Teknologi > Gajet > DJI SPARK – DRON BERSAIZ BESAR SEDIKIT DARIPADA TAPAK TANGAN

DJI SPARK – DRON BERSAIZ BESAR SEDIKIT DARIPADA TAPAK TANGAN

Pengeluar dron terkemuka, Dji kini muncul dengan dron bersaiz kompak dengan pengenalan Dji Spark. Dron bersaiz kecil yang dihasilkan untuk kegunaan santai ini bersaiz sedikit lebih besar dari telapak tangan iaitu 143×143×55 mm.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Dji Spark mempunyai kapasiti bateri 1480mAh yang mampu terbang selama 16 minit dengan jarak penerbangan sejauh 2 km pada kelajuan maksimum 50km/j.

Dron ini turut dilengkapi dengan teknologi mengenali wajah pengguna dan boleh dikawal menggunakan gerak tangan untuk merakam gambar serta mengikut pergerakan pengguna. Ia juga mempunyai sistem untuk mengelak halangan.

Pada bahagian kamera pula, Dji Spark yang dilengkapi dengan kamera 12-Megapixel dengan gimbal dua paksi untuk rakaman gambar dan video yang stabil dan mampu merakam video HD penuh oada resolusi 1080p pada kadar 30 fps . DJI Spark ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu putih, merah, kuning, biru, hijau dan hitam.

GAMBAR & SUMBER: DJI