Utama > Sukan > DIMANAKAH KITA AKAN BERAKSI?

DIMANAKAH KITA AKAN BERAKSI?

Dimanakah kita akan beraksi? Persoalan itu akan terus menjadi tanda soal buat penyokong Harimau Malaya sehingga hujung minggu ini. Menurut Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul memaklumkan bahawa mereka masih belum membuat keputusan di mana perlawanan antara Malaysia dan Korea Utara yang merupakan perlawanan ketiga peringkat kelayakan Piala Asia.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Perlawanan kelayakan Piala Asia tersebut yang sepatutnya berlangsung di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang pada 28 Mac lalu terpaksa ditangguhkan kerana hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara mulai tegang.

Oleh kerana bimbangkan tahap keselamatan pemain dan pegawai pasukan, FAM telah mengemukakan rayuan kepada AFC untuk mengadakan perlawanan tersebut di stadium negara berkecuali.

Manakala Korea Utara pula telah diberi tempoh selama sebulan bermula 15 Mac 2017 untuk mencadangkan negara yang menjadi tuan rumah untuk perlawanan tersebut.

Menurut Datuk Windsor Paul, maklumat lanjut mengenai perlawanan tersebut yang sepatutnya dimaklumkan semalam akan ditangguhkan sehingga hujung minggu ini kerana pihak AFC masih mengadakan perbincangan dengan FAM dan PRKFA.