Wednesday, January 17, 2018
Utama > Hiburan > DIANA DANIELLE MUNCUL DENGAN SINGLE BAHARU BERJUDUL TENTANG KITA

DIANA DANIELLE MUNCUL DENGAN SINGLE BAHARU BERJUDUL TENTANG KITA

Diana Danielle Danny Beeson atau lebih dikenali dengan nama Diana Danielle merupakan seorang model dan pelakon kacukan Melayu-Amerika yang tidak asing lagi di dalam industri perfileman negara kita. Beliau memulakan karier sebagai seorang pelakon pada tahun 2002 dan telah membintangi pelbagai filem dan drama seperti Magika, Kami Histeria, Evolusi KL Drift, Janji Diana, Air Mata Maria, Hanyut, Gol & Gincu dan banyak lagi.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Masih tidak berhenti mengejar impian sebagai seorang pelakon kini Diana Danielle pula menceburi bidang nyanyian. Beliau melancarkan single terbaharu berjudul ‘Tentang Kita’ yang telah dicipta oleh Dj Fuzz dan liriknya pula ditulis oleh Alabbas dan Muariffah. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri serta melodinya mudah diingati.

Sekali dengar pasti pencinta muzik tanahair sudah boleh bersiul atau melagukan melodi tersebut. Lagu ini mengisahkan tentang cinta serorang gadis yang merindui kekasih hati yang jauh. Sering merindui akan detik-detik manis apabila bersama. Manakala, liriknya pula amat mudah difahami serta sulaman melodi yang segar, bersesuaian dengan aliran muzik semasa. Genre muzikraggae pula menjadi pilihan Diana, kerana ia lebih rileks dan menepati citarasa beliau.

Kini, teristimewa untuk semua peminat Diana Danielle, nantikan, muzik video ‘Tentang Kita’ arahan Dick Wai di mana muzik video berkonsepkan “ala bohemian” dan penggambaran tersebut mengambil masa hanya 1 hari sahaja yang bertempat di Sepang. Muzik video yang berdurasi lebih kurang 3.35 minit itu memaparkan karakter Diana yang manja dan menceritakan pengembaraan beliau yang merindui detik manis bersama kekasih hati.

Khas buat peminat Diana Danielle, lagu ‘Tentang Kita’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun disemua digital platform iTunes, Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox. Untuk pautan selanjutnya bagi digital platform ‘Tentang Kita’: https://wmm.lnk.to/tentangkita