Utama > Teknologi > Kamera > CANON POWERSHOT G9X MARK II DIKUASAKAN DENGAN DIGIC 7

CANON POWERSHOT G9X MARK II DIKUASAKAN DENGAN DIGIC 7

PowerShot G9x Mark II adalah model kamera kompak baharu dibawah siri PowerShot keluaran syarikat pengeluar kamera terkemuka, Canon. Kamera 20.1 megapixel ini dikuasakan dengan pemprosesan imej DIGIC 7 dengan sensor 1” CMOS dan lensa dengan zoom optikal 3x (28-84mm).
Kamera dengan rekaan nipis dan elegen ini dilengkapi panel skrin sentuh LCD bersaiz 3 inci untuk memudahkan pengendalian. Pengguna boleh fokus dan menangkap gambar dengan menyentuh pada paparan skrin dibelakang kamera.
Disamping itu, kamera ini turut hadir dengan sokongan pemindahan imej tanpa wayar bagi memudahkan pengguna memindahkan gambar terus ke telefon pintar dengan menggunakan aplikasi khas.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my