Utama > Buletin > BUFET HI TEA ISTIMEWA SEMPENA HARI IBU DI HOTEL PURI PUJANGGA

BUFET HI TEA ISTIMEWA SEMPENA HARI IBU DI HOTEL PURI PUJANGGA

Ibu permata hati. Ibu juga ratu di hati. Lambang kasih sayang anak terhadap ibu tiada batasan namun menzahirkan kasih saying itu boleh datang dalam pelbagai cara. Salah satu daripadanya adalah dengan menggembirakan ibu melalui sambutan ‘Hari Ibu’ di Hotel Puri Pujangga kerana ibu adalah permata hati bagi setiap anak serta surihati seorang suami.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Bagi menggalakkan orang ramai untuk meraikan Ibu pada hari yang istimewa ini, Hotel Puri Pujangga telah menyediakan pelbagai aktiviti dengan objektif untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang yang telah terjalin di dalam satu keluarga.

Bertemakan “Mom In Wonderland”, hidangan makanan untuk sambutan Hari Ibu memfokus kepada makanan ala barat dan ‘fusion’ seperti Paella Vallenciana Rice, Grilled Minute Steak With Peppercorn Sauce, Sauteed Lyonnaise Potato With Paprika, Grilled Chicken Teriyaki Fetuchini, Italian Mini Pizza, Pasta Aglio e Olio dan pelbagai jenis manisan seperti Kek Red Velvet Chocolate Fondue, Cream Caramel, Fruit Tartlet dan lain-lain.

Pelbagai jenis aktiviti telah diatur untuk diraikan bersama ibu serta keluarga tersayang. Kehadiran ibu-ibu akan disambut dengan minuman yang ditaja oleh Pop, The Soda! serta pemberian cenderahati istimewa. Ibu-ibu akan dimanjakan dengan Rawatan spa oleh La Facia Beauty Queen Spa & Hair Salon.
Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut, satu sesi fotografi bersama keluarga juga akan diadakan. Anak-anak kecil juga akan diisi aktiviti dengan pertandingan mewarna, sudut menonton mini wayang serta Mini Zoo.

Satu sesi cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara pada hari tersebut. Ibu-ibu juga akan diberi Hadiah istimewa jika menepati tema melalui ‘Best Dressed Wonderland Mom’. Ini pasti memeriahkan lagi sambutan Hari Ibu. Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga akan diadakan pada 14 Mei 2017 (Ahad) dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang di Begonia Coffee House. Baucar Hi-Tea Buffet dijual dengan harga RM55.00 nett seorang untuk dewasa dan RM30.00 nett seorang untuk kanak-kanak (6-12 tahun).

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi
HOTEL PURI PUJANGGA
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443
Website: www.puripujangga.com.my

A5 Flyers – Q4 2016