Utama > Santai > Kool > BUAH TEMBIKAI BERBENTUK ‘LOVE’

BUAH TEMBIKAI BERBENTUK ‘LOVE’

Buah tembikai adalah buah yang berbentuk bulat. Tetapi di Jepun, seorang petani bernama Hiroichi Kimura telah ‘menghasilkan’ buah tembikai yang unik berbentuk ‘love’.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Kimura mula membuat tembikai berbentuk ‘love’ pada tahun 2006 apabila dia mendapat idea daripada jirannya memberitahu pasti menarik untuk melihat tembikai berbentuk ‘love’.

Pada mulanya, Kimura menolak idea tersebut dan berkata bahawa tembikai sepatutnya berbentuk bulat dan tidak patut wujud dalam bentuk lain. Setelah berfikir beberapa kali tentang idea tembikai berbentuk ‘love’ itu, Kimura mula tertarik dengan idea untuk menghasilkan tembikai yang berbeza itu.

Ia mungkin sesuatu perkara yang mencabar tetapi Kimura yakin dia boleh cuba untuk merealisasikan idea itu. Dia mula bereksperimen dan membuat penyelidikan untuk menghasilkan tembikai berbentuk ‘love’. Dia membuat acuan berbentuk ‘love’ untuk meletakkan tembikai muda di dalam dan berharap ia akan membesar dan berkembang mengikut bentuk acuan tersebut.

Seperti yang dia bayangkan, buah tembikai itu membesar dengan indah dan menjadi bentuk ‘love’. Malangnya buah tersebut tidak manis. Encik Kimura menyiasat punca kegagalan itu dan mendapati tekanan yang dihasilkan ketika buah membesar dalam acuan berbentuk ‘love’ telah menjejaskan rasa tembikai tersebut.

Kimura mengubah saiz acuan agar tidak terlalu ketat apabila buah masak dan mencuba pelbagai saiz berbeza, tetapi masih tidak berjaya. Selepas itu Kimura mencuba pula pelbagai jenis tembikai yang boleh ditanam di bawah keadaan tersebut.

Akhirnya selepas bereksperimen dengan pelbagai jenis tembikai, dia akhirnya menemui satu jenis tembikai yang boleh ditanam di dalam acuan berbentuk ‘love’ dan mempunyai rasa yang manis. Buah tembikai berbentuk ‘love’ yang dihasilkan Kimura dijual secara meluas dipasaraya di seluruh Jepun dan boleh didapati pada setiap musim bunga.

 

SUMBER: http://surprisedfarmer.com/eng-wartermelon.html