Wednesday, January 17, 2018
Utama > Buletin > AYAMAS KITCHEN LANCAR PRODUK BARU “SEDIA-DIMAKAN” YANG ENAK

AYAMAS KITCHEN LANCAR PRODUK BARU “SEDIA-DIMAKAN” YANG ENAK

Kedai Ayamas menerusi jenama Ayamas Kitchen telah melancarkan tiga jenis produk sedia-dimakan yang menawarkan hidangan berkualiti kepada pelanggan yang inginkan sajian makanan lengkap dengan segera.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Rangkaian produk sedia-dimakan yang digelar RTE (Ready-to-Eat) tersedia dalam tiga jenis hidangan lengkap, iaitu Briyani Ayam Bukhara, Nasi Pilaf dengan Ayam Mentega, dan Nasi Kandar dengan Ayam Masala. Dengan slogan “Mudah dan Lazat”, rangkaian produk RTE Ayamas Kitchen amat mudah untuk disediakan, hanya perlu dipanaskan dalam ketuhar selama 4 hingga 5 minit.

“Produk sedia-dimakan telah lama mendapat tempat di hati pelanggan, khususnya generasi muda,” kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd, pengendali Kedai Ayamas.

“Dengan ini, pihak Ayamas menerusi R&D dalamannya telah mencipta tiga jenis pek sedia-dimakan ini dalam bentuk hidangan yang berkualiti,” katanya.

Nasi Kandar dengan Ayam Masala dijual pada harga RM7.90 sepaket, manakala Briyani Ayam Bukhara, dan Nasi Pilaf dengan Ayam Mentega dijual pada harga RM8.50 sepaket. Produk ini boleh didapati di semua Kedai Ayamas di seluruh Malaysia.

Nasi Pilaf dengan Ayam Mentega

 

 

Nasi Kandar dengan Ayam Masala

 

Briyani Ayam Bukhara

Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, layari www.kedaiayamas.my atau log masuk ke Kedai Ayamas – Ayamas Roasters Facebook Page.