Wednesday, January 17, 2018
Utama > Buletin > ANEKA PRODUK MAKANAN KOREA DI K MARKET 11 STREET

ANEKA PRODUK MAKANAN KOREA DI K MARKET 11 STREET

Buat penggemar makanan dari Korea yang sukar mendapatkan produk makanan dari negara tersebut, anda boleh dapatkan aneka produk makanan Korea di laman membeli-belah di atas talian popular, 11street menerusi K Market.


Jangan lupa like >>> Facebook ekselen.my <<<

Powered by ekselen.my


Bagi memastikan selera terhadap makanan Korea dalam kalangan rakyat Malaysia sentiasa dipenuhi, 11street mengukuhkan kerjasamanya dengan K Market, sebuah subsidiari KMT Trading Sdn. Bhd. yang merupakan pengimport dan pengedar pelbagai produk Korea di Malaysia, untuk menawarkan bukan sahaja item-item dari negara berkenaan tetapi juga produk-produk halal yang khusus untuk pelanggan beragama Islam.

“Pandangan pasaran yang diperoleh mengesahkan maklumat yang diketahui kami sebelum ini iaitu rakyat Malaysia amat menggemari makanan Korea. Didapati rakyat negara ini sering mencari barangan makanan dari Korea seperti ramyun, chigae, chimek dan samgyupsal. Selain itu, kami perasan bahawa satu ayat pencarian yang biasanya dibuat di 11street adalah ‘pedas’, seterusnya memberi gambaran kecintaan rakyat Malaysia terhadap hidangan pedas.”

Bruce Lim, Naib Presiden Pembarangan 11street berkata: “Malah, ‘kepedasan’ merupakan satu persamaan di antara makanan tempatan dan Korea, menyebabkan kami di 11street mempertingkatan penawaran makanan Korea yang pedas di platform kami bagi membolehkan para pelanggan menemui item yang mereka gemari. Menerusi usaha sama dengan K Market, kami juga menambah usaha yang dilaksanakan dengan memperkenalkan produk-produk halal di platform kami agar pelanggan Muslim 11street dapat membeli-belah dengan rasa mudah dan tenang.”

(dari kiri) Matthew Lee, Pengarah Urusan Kumpulan KMT Trading Sdn. Bhd.; Bruce Lim, Naib Presiden Pembarangan 11street dan Cef Lin

Pendapat tersebut turut dipersetujui Matthew Lee, Pengarah Urusan Kumpulan KMT Trading Sdn. Bhd.: “Apabila kami memutuskan untuk membuka sebuah pasar raya Korea di Kuala Lumpur dua tahun lalu, kami terdorong melihatkan pertambahan masyarakat Korea di kawasan berkenaan. Pada asasnya kami mahu menyediakan sebahagian daripada tanah air mereka kepada komuniti ini tetapi kami pastinya tidak menjangkakan pelanggan yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang sentiasa mengunjungi kedai kami.

“Ini membuatkan kami sedar bahawa dalam usaha untuk memenuhi kehendak penggemar makanan Korea di luar sana, adalah lebih efektif sekiranya kami menjalin kerjasama dengan pasaran atas talian terkenal seperti 11street. Sehingga kini kami amat berbesar hati kerana dapat terus membekalkan makanan Korea yang mereka gemari menerusi platform 11street serta memperkenalkan produk-produk makanan baharu yang laris dari Korea,” kata beliau.

Matthew Lee, Pengarah Urusan Kumpulan KMT Trading Sdn. Bhd.
(dari kiri) Matthew Lee, Pengarah Urusan Kumpulan KMT Trading Sdn. Bhd.; Bruce Lim, Naib Presiden Pembarangan 11street dan Cef Lin
Menurut 11street, jualan barangan makanan Korea di platformnya telah meningkat dua kali ganda sejak ia ditubuhkan pada April 2015, dengan pelanggan yang tergolong dalam kumpulan usia 26 hingga 35 tahun menyumbang sebanyak purata 40% terhadap jualan makanan Korea secara keseluruhan pada tahun 2016.

Antara lima item utama yang dibeli daripada platformnya adalah Pepero, biskut jejari yang bersalut coklat; ramyun atau juga dikenali sebagai mi segera; kimchi, hidangan sampingan Korea yang diperbuat menerusi penapaian sayuran; toppoki, sejenis kek beras lembut dan milkis, minuman berkarbonat popular di Korea Selatan.

Item-item popular Korea lain yang mendapat permintaan yang tinggi oleh pelanggan 11street adalah susu pisang, serbuk lada merah untuk penyediaan kimchi dan minuman bercuka yang menyihatkan.

“Rakyat Malaysia sentiasa mencari tawaran terbaik dan harga yang menarik, oleh itu, 11street amat berbesar hati kerana dapat menyediakan penawaran tersebut. Hasrat kami ialah untuk merapatkan jurang antara permintaan dan pembekalan, dengan membawakan trend makanan terkini Korea bagi kenikmatan para pelanggan kami,” kata Lim mengakhiri bicara.

Bermula 3 November 2016, produk-produk khusus Korea terpilih seperti pes kacang soya dalam pelbagai pilihan rasa, kimchi, toppoki, campuran pancake, tepung goreng dan garam rendah kandungan sodium kini ditawarkan pada harga diskaun sehingga 15%. Bersempena Hari Pepero iaitu hari di mana rakyat Korea bertukar-tukar Pepero sebagai tanda ucapan selamat mereka kepada insan tersayang, 11street kini menawarkan diskaun sehingga 30% terhadap pelbagai pilihan Pepero.

Untuk maklumat dan mengetahui lebih lanjut berkenaan item-item makanan Korea yang disediakan, sila layari kedai K Market di 11street di http://www.11street.my/store/kmarket.